Laman Utama > KORPORAT > RINGKASAN MySociety

RINGKASAN MySociety

RINGKASAN MySociety

  • ROS (JPPM)
  • MyNGO
  • COGG
  • eKAPP
  • Panduan Pengguna eROSES
  • Soalan Lazim (FAQ)
  • MyNA
  • Sistem eROSES

MENGENAI JABATAN

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.

MATLAMAT JABATAN

Matlamat Jabatan ini ialah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.

FUNGSI UTAMA JABATAN

Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan; mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.

Merupakan satu set lengkap yang mengandungi peraturan, panduan pengurusan pertubuhan, Akta Pertubuhan 1966, Akta Penggubahan Wang Haram, Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan (COGG), semak status pertubuhan dan senarai hitam AJK sebagai panduan pengurusan pertubuhan yang lebih efisyen

Merupakan suatu inisiatif Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi menetapkan suatu kaedah ataupun prinsip bagi memastikan pertubuhan mempunyai suatu pengurusan kod tadbir urus baik pertubuhan.

  • Satu bank soalan mengenai pengurusan pertubuhan bagi memberikan pendedahan kepada pertubuhan bagi pengurusan asas sesebuah pertubuhan; dan
  • Memastikan pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-Undang Tubuh Pertubuhan dan Dasar-Dasar Negara.
  • Merupakan panduan manual penggunaan sistem eROSES kepada pertubuhan bagi memberi perdedahan mengenai tatacara penggunaan setiap modul yang terdapat dalam sistem eROSES.

Soalan-soalan lazim yang akan ditanya oleh pertubuhan dan juga orang awam yang belum berpersatuan.

  • Sebuah aplikasi yang berasakan kendiri dalam membantu pertubuhan menjalankan audit terhadap pertubuhan mereka sendiri;
  • Memberikan kesedaran tentang kepentingan mematuhi perlembagaan dan Akta Pertubuhan 1966 sebagai suatu syarat pengiktirafan sesebuah pertubuhan; dan
  • Membudayakan pertubuhan yang berkualiti dan berdaya saing

Merupakan sistem elektronik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia