AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM SALAM CINTA UNTUK SEMUA SEMPENA HIMPUNAN SINERGI PERTUBUHAN KEBANGSAAN (HIPER)


PROGRAM SALAM CINTA BUAT SEMUA Sempena Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan (HIPER) telah diadakan pada 19 Oktober 2021 dan kami dari PERSATUAN KEBAJIKAN IBU-IBU DAN IBU TUNGGAL TERENGGANU (PERKIBU) serta 12 NGO di Terengganu bersama dengan Pengarah JPPM NEGERI TERENGGANU En.Mohd Mufsi bin Lat telah mengadakan sumbangan HERO BOX iatu merupakan bakul makanan kepada Ibu Tunggal, Warga Emas, Oku & Asnaf. Salah seorang daripadanya menerima kerusi roda. Juga diadakan kempen derma darah dari JKNT.