AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG KEBERSIHAN - HAPUS AEDES


Program Gotong Royong Kebersihan - Hapus Aedes Siri 1 anjuran Persatuan Penduduk Teluk Muroh telah berjaya dilaksanakan di Kampong Teluk Muroh (kawasan setinggan) pada 28 Mei 2022. Program mendapat kerjasama dari penduduk setempat dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Selain aktiviti membersih kawasan perumahan, turut diedarkan risalah Hapus Aedes dan ubat jentik-jentik (Abate).