AKTIVITI | REKREASI
GOTONG ROYONG PERDANA 2022 & KEMPEN KESELAMATAN KOMUNITI S2A 2022


Secara rumusannya, kedua-dua program ini dijalankan serentak daripada pagi sehingga malam pada 28hb Mei 2022. Program gotong royong dan kempen keselamatan ini mengambil kira aspek kebersihan di kawan perumahan dan padang permainan. Juga, kami memandang serius kepada keselamatan kepada komuniti dari segi mengurangkan risiko wujudnya binatang-binatang liar melalui pembersihan longkang, sisa-sisa makanan dan sebagainya. Program ini dapat dilihat merapatkan hubungan sillaturahim di antara komuniti dan menanam sikap peka kepada kebersihan terutamanya untuk anak-anak kecil. Semoga dengan peruntukan khas dan program-program sebegini dapat diteruskan.

Program seterusnya, Jom Sihat S2A 2022 dijadualkan akan dilaksanakan pada September 2022 dengan menggunakan baki peruntukan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).