AKTIVITI | REKREASI
Gotong Royong Tambahbaik Ruang Riadah/Rekreasi Taman Semarak 1


Satu program gotong royong telah diadakan bagi menambah baik ruang riadah/rekreasi Taman Semarak 1 pada 3 Julai 2022 (Ahad). Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Ianya telah melibatkan semua warga Semarak 1 dan anggaran penduduk yang hadir adalah lebih kurang 130 orang. Program ini adalah anjuran Persatuan Penduduk Taman Semarak 1 dengan kerjasama KRT Semarak 1. Pihak Persatuan telah memohon bantuan jentera daripada pihak MBS dan SWMCorp Malaysia. Ruang riadah ini amat penting bagi memberi ruang dan tempat kepada anak-anak untuk beriadah. Ianya mempunyai mini padang bola, playground dan court badminton.