AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM FISIOTERAPI BERKUDA


Program Fisioterapi berkuda ini dapat dijalankan dengan lancar mengikut tentatif yang dirancang.Program ini dirancang bertujuan mendedahkan pentingnya terapi dalam diri seseorang kanak-kanak yang kurang upaya. Program terapi berkuda ini dapat memupuk sifat keberanian dan keyakinan diri dengan aktiviti berkuda dan memanah.Semasa program dijalankan aktiviti yang dijalankan adalah berkuda,memanah,train joy ride,Petting zoo, dan melawat taman mini haiwan.


Kesimpulan daripada program ini ialah pelatih dapat merasakan diri mereka boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti memanah dan berkuda,mereka dapat membina keyakinan diri,keberanian, disiplin semasa aktiviti dijalankan kerana semua peserta mengambil bahagian semua acara yang telah disediakan.Diharapkan daripada program ini jalinan kerjasama antara pelatih,ibu bapa,pelatih,petugas dan masyarakat luar dapat dipereratkan lagi.