AKTIVITI | KEBAJIKAN
Program 2: Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat persatuan


Program 2 : Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat persatuan.

i. Bantuan bakul (Barangan keperluan harian bernilai rm100) telah dilaksanakan pada 3 September 2022 (Sabtu).

Sebanyak 32 bakul telah diserahkan kepada ahli atau keluarga ahli yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, balu, warga warga emas. Bantuan bakul ini adalah termasuk 5 set bakul diberikan kepada 5 keluarga (bukan ahli atau keluarga ahli) yang sangat memerlukan bantuan.


ii. Bantuan kerusi roda (4 buah untuk 4 individu yang disenaraikan)

Telah dilaksanakan pada 04 September 2022 (Ahad) di rumah penerima. Hanya seorang sahaja yang memerlukan kerusi roda iaitu Puan Soligoh@Maria binti Unggi di Kampung Kiwatu, Tuaran. Manakala 3 orang yang disenaraikan telah pun mendapat bantuan kerusi roda daripada NGO lain dan juga wakil rakyat sebelum dana Geran MyICE diperolehi. Walau bagaimanapun kerusi roda tersebut telah digantikan dengan bantuan bakul ( barangan keperluan harian)