AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM SEMPURNA SOLAT


Program Sempurna Solat telah dijalankan dalam bentuk santai dengan mendengar ceramah tentang cara mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari Ustaz Mohd Moslihen bin Mohd Subohi yang mendapat pentauliahan mengajar dan memberi syarahan agama dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Antara objektif Program Sempurna Solat ini juga sedikit sebanyak dapat membantu peserta yang mempunyai persoalan-persoalan yang berkisar tentang ibadah solat yang selama ini menjadi tanda tanya namun segan untuk bertanyakan kepada orang-orang sekeliling.

Dengan kesedaran betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan seharian ahli, pihak ahli jawatankuasa Badan Kebajikan dan Sukan Ranhill SAJ Kota Tinggi telah memasukkan Program Sempurna Solat dengan bertemakan ‘Ibadah Solat Cemerlang, Akhlak Gemilang’ sebagai salah satu perkongsian ilmu demi menjaga kebajikan ahli yang mencarum dengan pertubuhan. Selain ahli, ahli keluarga ahli juga dijemput untuk menghadirkan siri ke program ini.