AKTIVITI | KEBAJIKAN
KURSUS JANGKA PENDEK HANDS ON KUIH FROZEN BERASASKAN UBI MANIS (KELEDEK) DAN DEMO SABUN HOMEMADE MINYAK MASAK TERPAKAI
  • PERSATUAN USAHA BAKTI WANITA SABAH (HAWANIS)
  • Penganjur : PERSATUAN USAHA BAKTI WANITA SABAH
  • Lokasi : Dewan Mesyuarat Masjid Datuk Hj Mohd Dun Banir Kampung Limbawang Beaufort Sabah
  • Tel : 0197847281
  • Tarikh : 21/08/2022 - 21/08/2022
  • Masa : 7:30AM - 5:00PM
  • 219


KURSUS JANGKA PENDEK HANDS ON KUIH FROZEN BERASASKAN UBI MANIS (KELEDEK) DAN DEMO SABUN HOMEMADE MINYAK MASAK TERPAKAI

 

Seramai 30 peserta wanita terdiri daripada suri rumah, peniaga kecil-kecilan online/offline, pengusaha kantin sekolah dan guru memanfaatkan kursus sehari yang padat dengan ilmu. Kursus dibahagikan kepada dua slot iaitu pagi dan petang. Slot pagi dengan pengisian Demo sabun dan seterusnya pengisian Hands On kuih frozen.

 

Puan Nona Ismail berpengalaman 10 tahun berniaga 10 jenis kuih muih basah yang kini difrozenkan. Sentiasa tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan sekitar Beaufort dan sejauh Kuala Penyu/Sipitang/WP Labuan juga menerima tempahan tetap Restoran Satey Brunei cawangan Beaufort Jaya dan Gem Hotel Beaufort. Beliau sedang dalam proses menjadi salah seorang usahawan bimbingan RISDA Beaufort. Puan Nona berkongsi 3 resepi kuih berasaskan ubi manis (keledek ungu) iaitu kuih bom, kuih koci dan kuih doreamon. Selain sedap dan bahan mudah didapati, warna kuih ini juga menarik serta menjadikannya mendapat sambutan. Peserta berpeluang menguli, menginti, membungkus dan memasak kuih muih sebelum difrozenkan. Diselitkan juga tips memasak inti kelapa serbaguna yang boleh difrozenkan dan contoh pembungkusan kuih frozen untuk bisness.

 

Puan Runiah Jasrin pula salah seorang Sales Team Kelas Sabun Online (Akademi SOAPORIA) dimiliki soapmaker Puan Suhaili Baharudin. Bermula dengan membuat sabun hanya dari rumah sejak September 2020, kini berjaya mengaplikasikan ilmu online ke offline untuk menukar minyak masak terpakai menjadi sabun basuh pinggan yang bermanfaat terutama kepada mereka yang berkulit sensitif/eczema. Selain demo membentuk sabun menggunakan teknik acuan silikon dan loaf diselitkan juga pameran sabun homemade sebagai bisness doorgift.

 

Turut dikongsi kedua tenaga pengajar adalah Teknik Pembungkusan, Teknik Pengiraan Kos dan Tips Online Bisnes. Ramai peserta teruja dengan ilmu baru. Diakhir kursus peserta dihadiahkan ole-ole berupa sabun homemade dan kuih yang dihasilkan (bermasak).

 

Persatuan Usaha Bakti Wanita Sabah (HAWANIS) berharap dengan menganjurkan kursus ini menjadi titik tolak kepada peserta membantu diri sendiri dan keluarga melakukan aktiviti santai yang dapat menambah nilai ekonomi dan survival ketika menghadapi fasa endemik tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Maklum balas daripada peserta sangat menggalakkan kerana selepas kursus ramai yang sudah mencuba membuat kuih untuk jualan dan ada yang sudah membuat sabun daripada minyak masak terpakai.