AKTIVITI | REKREASI
Program Jom Sihat (Siri Pertama) : Team Building & ATV Eco Tour


Program ini dianjurkan dengan objektif untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan Ahli PUSPANITA di semua peringkat tanpa mengira latar belakang, pangkat dan gred jawatan. Program ini juga bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat bagi meningkatkan kesihatan mental dan fizikal peserta serta memupuk semangat kerja berpasukan di samping mendidik mereka untuk menghargai keindahan alam semulajadi.