AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG WAWASAN BT 15 JALAN APAS TAWAU


Program Gotong Royong Perdana merupakan program julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kampung Wawasan Bt 15 Jalan Apas Tawau bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Wakil Rakyat Dun Apas Tawau.


Melalui sumber kewangan dari Geran MyICE yang telah diluluskan sebanyak RM 10,000.00, maka program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.


Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti memungut sampah, memotong rumput, menyelenggara jalan yang telah tergendala, meyelenggara perparitan dan memacak bendera Jalur Gemilang disepanjang lorong-lorong kampung bersempena bulan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga aktiti rewang oleh kaum ibu yang bertungkus lumus menyediakan jamuan untuk para peserta. Suasana bertambah ceria dengan aktiviti cabutan bertuah yang diberikan kepada peserta yang hadir.


Selain penduduk kampung, program ini juga dihadiri oleh wakil kepada YB Dun Apas sebagai tetamu VIP jemputan.


Kesimpulannya, program yang dianjurkan kalli memberi kesan yang cukup bermakna kepada peserta yang hadir. Bukan saja nilai kebersihan yang ingin kami terapkan, tetapi ikatan ukhwah, kasih sayang yang membentuk mesyarakat yang bersatu padu dari aspek hidup berjiran.