AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM JALINAN MESRA 4K


Program ini telah berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan perpaduan, kerjasama dan hubungan silaturrahim sesama jiran tanpa mengira bangsa dan agama. Secara keseluruhannya, semua penduduk berasa gembira dan berpuas hati dengan pelaksanaan program ini kerana berpeluang untuk mengenali jiran tetangga dengan lebih rapat dan mesra melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Penduduk dan pihak persatuan juga sangat menghargai peluang yang telah diberikan oleh pihak JPPM melalui geran yang telah dianugerahkan bagi menggalakkan aktiviti kemasyarakatan seperti ini. Program ini juga telah berjaya merapatkan hubungan penduduk Camellia dengan pihak berkuasa seperti PDRM, BOMBA dan MPS. Ini bersesuaian dengan slogan PDRM iaitu “Polis dan Masyarakat berpisah Tiada”. Adalah diharapkan agar aktiviti ini dapat dijadikan sebagai aktiviti tetap tahunan oleh Persatuan Penduduk Camellia dengan kerjasama oleh agensi-agensi kerajaan dan sukarelawan pada masa akan datang.