AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN KEPIMPINAN BELIA
  • PERTUBUHAN SAHABAT PENDIDIK ISLAM SELANGOR
  • Penganjur : PERTUBUHAN SAHABAT PENDIDIK ISLAM SELANGOR
  • Lokasi : DEWAN BESAR AKADEMI INTEGRASI TAHFIZ AL-FALAH (AITAF) BANDAR TASIK PUTERI RAWANG
  • Tel : 0132001352
  • Tarikh : 27/11/2022 - 27/11/2022
  • Masa : 8:00PM - 11:00PM
  • 241


Program Motivasi Pembangunan Kerohanian Insan dan Kepimpinan


BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG : Seramai 65 Peserta dan Empat Guru pengiring dari Akademi Integrasi Tahfiz Al-Islah (AITAF) menghadiri Program Motivasi Kecemerlangan Kepimpinan Tahun 2022 anjuran Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL) yang dilaksanakan di Dewan Besar Maahad AITAF Rawang pada 17 Jun 2022.


Program ini dirasmikan oleh Pengetua AITAF iaitu Cikgu Basri bin Abdullah.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang serta menyediakan pelajar bagi melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang perlu lengkap dengan ilmu bagi menghadapi cabaran kehidupan yang mencabar serta penuh warna - warni. Program ini juga menekankan kepada pelajar yang tergolong sebagai belia mampu menjadi agen pendakwah serta mampu menjadi ikutan kepada belia-belia yang lain dengan bijak seperti menarik minat mereka melalui dunia teknologi dan seimbang dengan akademik dan kehidupan.