AKTIVITI | SOSIAL
Program Gotong Royong Membersihkan dan Membina Stor Penyimpanan Perkakas Perkuburan Kampung Kotiduvan Putatan


Program Gotong Royong membersihkan kawasan dan membina stor penyimpanan perkakasan perkuburan kampung kotiduvan yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kampung Kotiduvan Putatan telah merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu di antara penduduk kampung sekitar. Disamping itu, dengan pembinaan stor penyimpanan perkakasan di kawasan tanah perkuburan ianya dapat diguna pakai oleh ahli – ahli persatuan dan penduduk sekitar untuk menyimpan perkakas dan peralatan yang digunakan untuk membersihkan dan menaiktaraf tanah perkuburan ahli keluarga yang bersemadi di situ.