AKTIVITI | KEBAJIKAN
MEMBERI BANTUAN BAKUL MAKANAN DAN KEPERLUAN ASAS KEPADA GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH


Kami telah mendekati golongan berpendapatan rendah di kawasan Port Dickson. Sejak pandemik Covid19, masih ramai keluarga belum dapat mengatasi masalah kewangan. Disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik dan akibat kehilangan pekerjaan, masalah kewangan masih belum boleh diatasi. Oleh yang demikian, kami menyediakan bakul makanan kepada keluarga B40 dalam tempoh 2 bulan untuk mengurangkan beban mereka, iaitu pada bulan September dan Oktober 2022. Bantuan kami juga memberi sokongan kepada keluarga B40 sempena menyambut Hari Deepavali.