AKTIVITI | KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
JELAJAH INSPIRASI SENI MALAYSIA UTARA


Jelajah Inspirasi Seni Malaysia Utara merupakan konsert muzik secara langsung (acoustic/full set band) yang dirakam dalam bentuk audio dan visual di kawasan menarik di sekitar bandar di 4 negeri wilayah Utara iaitu Perak, Penang, Kedah dan Perlis secara percuma dengan tajaan dari Motac.


Ia bertujuan untuk menjadikan seni muzik sebagai sebahagian daripada kawasan bandar kita dan mendekatkan seni muzik dengan rakyat Malaysia. Tujuan ini boleh dicapai dengan mengkomisenkan para seniman muzik Malaysia untuk membuat program seni dengan menampilkan seni dengan penglibatan awam di lokasi terpilih / yang dicadangkan. Lokasi tersebut adalah ruang untuk orang ramai tinggal, bekerja dan bermain. Acara ini melibatkan sekitar 5 band yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 12 malam dengan menuruti SOP MKN dan KKM semasa.


Acara dijayakan secara bersama pasukan pengurusan acara, dekorasi pentas, pembekal muzik, pa sistem, backline, sound and audio engineer, videographer, photographer, artis dan sebagainya.