BERITA | SOSIAL
PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PEMILIK MARINEA 1, TAMAN DESARU UTAMA

Program gotong-royong bersama penduduk Marinea 1, Taman Desaru Utama telah diadakan pada 26hb November 2022. Program ini dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).


Program dimulakan pada jam 8.00 pagi di mana penduduk berkumpul dan bersarapan bersama sambil mendengar taklimat program. Kemudian, penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kerja pembersihan, mengecat pondok pengawal, membasuh taman permainan dan menebang pokok-pokok mati.


Melalui program ini, penduduk Marinea 1 sedar tentang kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran. Diharap program seperti ini dapat dijalankan lebih kerap pada masa depan dengan penglibatan lebih ramai penduduk Marinea 1, Taman Desaru Utama.