BERITA | SOSIAL
Program Khatan Perdana Muafakat MB 2022

Alhamdulillah pihak persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana hasil kerjasama pihak persatuan dan pihak jawatankuasa masjid Qaryah Masjid Jamek Kg Machang Bubok program Berkhatan berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan dari kalangan semua penduduk kampung..tak dilupakan para adik-adik yg telah selamat mengharungi tempoh ke alam dewasa kerana telah bersunat dan semoga cepat sembuh dan pulih sepwrti sediakala dan selamat memasuki alam remaja dan dewasa..tahniah semua yang terlibat ..."Bersatu Bergerak Maju"


Program Khatan Perdana 2022

Masjid Machang Bubok, 10-Dec-2022, 8:30 pagi

Program berkhatan ini disertai seramai 24 anak anak dari kariah Machang Bubok.

Program anjuran Jawatankuasa Masjid Machang Bubok ini turut dibantu oleh sahabat sahabat dari Persatuan Kebajikan dan Sosial Anak-Anak Kampung Machang Bubok,Pulau Pinang serta para penduduk setempat.

Program ini turut disokong oleh Balai Polis Machang Bubok dimana Ketua polis Balai (OCS Zakaria) dan En Riduan dari Team Polis Rakan Masjid.

Bermula dengan bacaan doa oleh Ust Azrul, salah seorang imam Masjid Machang Bubok seterusnya dibantu oleh Bomba Sukarela Machang Bubok yang sudi hadir bagi "menyejukkan" kanak kanak sebelum acara berkhatan dilakukan.

Program berkhatan yang diketuai oleh saudara Brie serta dibantu 4 rakan beliau bermula sekitar jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 1:15 tengahari.

Para perserta serta waris turut dihidangkan makanan yang disediakan oleh urusetia, bermula sarapan pagi, makan tengahari, makan petang, makan malam serta sarapan pagi untuk keesokan harinya ( 6 kali jugak tu).

Program yang dirancang termasuk bermalam di Masjid sebagai simbolik pengimarahan masjid menyaksikan 14 perserta telah tidur dimasjid, manakala 10 peserta telah pulang awal akibat kekangan ibubapa yang tidak dapat menemani mereka pada malamnya.

Pada malamnya, bagi menghiburkan anak anak tersebut, pihak urusetia mengadakan tayangan gambar kartun serta turut diberikan mainan berupa Rubix Cube setiap orang.

Ada juga jemaah yang hadir pada sebelah malamnya turut menziarahi anak anak tersebut dan memberi wang kepada mereka yang bermalam dimasjid.

Keesokan harinya, majlis penutup diadakan sekitar jam 8:30 pagi dengan setiap anak anak yang bermalam mendapat sedikit saguhati dari hasil sumbangan terus kepada urusetia.

Alhamdulillah, program berakhir dengan jayanya.

Terima kasih juga kepada para penyumbang dari segi kewangan dan tenaga serta buah fikiran dalam membantu bagi menjayakan progam ini.

TERIMA KASIH SEMUA

Sekian,