YAYASAN GENERASI RABBANI PULAU PINANG (YGR)
PPM-011-07-15012001
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Yayasan Generasi Rabbani Pulau Pinang
Maklumat Pertubuhan
1..Menggabung dan menyatukan ahli-ahli di dalam sebuah pertubuhan untuk
membentuk peribadi ahli supaya berwibawa dan bertanggungjawab terhadap
agama, bangsa dan negara melalui perlaksanaan aktiviti dan program di
bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan.
2. Mengembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli-ahli dan sukarelawan yang
berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan
antarabangsa.
3. Mengujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan
masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.
4. Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhanpertubuhan
lain yang berdaftar di dalam negara dalam menjayakan matlamat
dan tujuan pertubuhan demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.
5. Mengujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf
sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.
6. Menerima dan menguruskan sumbangan-sumbangan sama ada dalam bentuk
wang atau selainnya daripada ahli-ahli pertubuhan sendiri atau daripada
mana-mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dan sebagainya yang
berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan dan maksud
pertubuhan.
Latar Belakang Pertubuhan
Ditubuh pada 15 Januari 2001 dengan No Pendaftaran PPM-011-07-15012001 dengan alamat di Lot 4360, Mukim 12, Jalan Pokok Machang, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Syarat-Syarat Keahlian
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Pulau Pinang
iv. Keturunan/Bangsa : Melayu
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
TIADA
E. Ahli Remaja
2
Tiada
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Boleh bersama-sama melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Pautan Sosial Media
: | tiada | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |