PERSATUAN KRU MEDIK MALAYSIA (MEDIX CREW MALAYSIA)
PPM-024-14-25052015
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Kru Medik Malaysia (PKMM) merupakan satu badan bukan kerajaan yang menjalani aktiviti-aktiviti kebajikan masyarakat di Malaysia. Bertempat di Sungai Buloh, Selangor, PKMM seringkali menjalankan aktiviti kebajikan yang memfokuskan kepada kesihatan komuniti, Mnejadi matlamat PKMM untuk menjadi sebuah entiti yang menyumbang dalam misi negara mencapai masyarakat & komuniti sihat dan sejahtera secara fizikal, mental dan rohani.
Latar Belakang Pertubuhan
Ditubuhkan pada 14/05/2015, PKMM ditubuhkan oleh sekumpulan pelatih Pembantu Perubatan yang sedang menjalani sesi latihan praktikal di sebuah IPTS berlokasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Idea penubuhan PKMM timbul apabila mereka ditugaskan oleh pihak kolej untuk menjalankan aktiviti lawatan kesihatan komuniti ke Rumah Warga Emas di Cheras, Kuala Lumpur.
Tertarik dengan aktiviti yang dijalankan di Rumah Warga Emas, 5 pelatih Pembantu Perubatan ini sebulat suara untuk meneruskan lagi usaha memupuk masyarakat di Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental di kalangan rakyat Malaysia dalam membantu menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah negara yang maju di masa akan datang kelak.
Dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Penubuhan Malaysia, pada 25 Mei 2015, PKMM secara rasminya didaftarkan sebagai badan organisasi bukan kerajaan dibawah kategori Persatuan Kebajikan.
Syarat-Syarat Keahlian
PKMM bertekad untuk mengembangkan lagi sayap persatuan dengan menambahkan ahli-ahli sukarelawan persatuan. PKMM menerima permohonan menjadi ahli sukarelawan sepanjang tahun. Untuk menjadi ahli PKMM, anda boleh hubungi persatuan melalui Whatsapp:
1) Persatuan Kru Medik Malaysia -
+6011-54140541
Tiada Syarat tertentu untuk menjadi ahli. Akan tetapi, jika anda merupakan seorang pekerja atau pelajar didalam bidang perubatan, ianya satu kelebihan untuk pihak persatuan memandangkan mendidik peserta tentamg kesihatan asas adalah salah satu aktiviti utama PKMM.
-
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1) Dapat menimba pengalaman dan pengetahuan asas tentang kesihatan asas.
2) Aktiviti yang santai dan dijamin tiada tekanan tugas sepanjang proses aktiviti kebajikan
3) Sijil Penyertaan akan diberikan untuk setiap penglibatan
4) Sijil Penyertaan dari PKMM boleh digunapakai sebagai dokumen untuk penebusan point CPD bagi pengamal perubatan di Malaysia
5) Keahlian percuma sepanjang hayat**
**Tertakluk Terma & Syarat persatuan.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |