PERTUBUHAN NARATIF MALAYSIA (NARATIF)
PPM-008-10-29032021
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
NARATIF bermaksud wacana ilmiah sesama anggota masyarakat Malaysia. Perkataan ini mencerminkan semua matlamat dan kegiatan pertubuhan yang menekankan agenda dan upaya memasyarakatkan ilmu.
Maklumat Pertubuhan
Matlamat
- Menggiatkan hubungan antara ahli dalam penerusan aktiviti tradisi keintelektualan yang kritis dan peduli melalui perbincangan kelompok, syarahan, bengkel latihan, seminar dan penulisan berkaitan naratif pembangunan Malaysia.
- Menggalakkan aktiviti pengkajian, penyebaran, dan pemindahan pengetahuan berasaskan gunaan secara berkala bagi mendapat maklum balas semasa masyarakat berhubung pembangunan Malaysia.
- Mengadakan kerjasama dan rundingan erat daripada segi input dasar dengan kerajaan selaras cita-cita pertubuhan dalam memperkayakan nilai dan praktis pembangunan masyarakat Malaysia.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF) ditubuhkan pada 29 Mac 2021 setelah diluluskan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Ia diilhamkan daripada konsep keserakanan 11 orang penaja yang berhasrat untuk bergiat selaras slogan NARATIF iaitu "Kesarjanaan untuk Aktivisme, Aktivisme untuk Kesarjanaan".
Syarat-Syarat Keahlian
Sila layari pautan berikut https://naratif.org/keahlian/daftar-ahli/
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Jaringan bersama sarjana tersohor dan sarjana/penyelidik muda.
- Pembinaan jaringan bersama ahli-ahli dalam platform NARATIF; dan jaringan luar NARATIF.
- Pembinaan upaya dan kemahiran kepimpinan/penyelidikan/akademik menerusi aktiviti-aktiviti NARATIF.
Pautan Sosial Media
: | Naratif Malaysia - NARATIF | |
Youtube | : | https://www.youtube.com/@wacanastudionaratif375 |
: | naratifmalaysia | |
: | @naratifmalaysia | |
TikTok | : | Tiada |
Laman Web / Blog | : | https://naratif.org/ |
Telegram | : | Tiada |