PERSATUAN ANESTESIOLOGI BAGI JURURAWAT DAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MALAYSIA (PAJDPM) (MALAYSIAN SOCIETY OF ANAESTHESIA FOR NURSES AND ASSISTANT MEDICAL OFFICERS) (MSANAMO)
PPM-040-14-16072019
SOSIAL
Kategori
PEKERJAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
1. Untuk mempromosikan pengetahuan teori & praktikal dalam aspek penjagaan serta perawatan pesakit dalam perkhidmatan anestesiologi kepada jururawat dan penolong pegawai perubatan.
2. Untuk mempromosikan profession beserta pendidikan secara saintifik dengan berterusan melalui penganjuran mesyuarat profesional dan saintifik, konvensyen, seminar, kuliah, bengkel dan kursus.
3. Untuk mencapai hubungan dengan entiti yang sama di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan kerjasama Lembaga Jururawat Malaysia & Lembaga Pembantu Perubatan.
Latar Belakang Pertubuhan
Sejarah Penubuhan
• Tarikh penubuhan : 17 Mei 2019
• Tarikh pendaftaran : 16 Julai 2019
• Ibu pejabat : Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang 50586 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Email : [email protected]
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat-syarat Keahlian
Warganegara: Malaysia
Umur Minima: 21 tahun
Ahli (salah satu):
1. Pegawai yang bertugas di Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi.
2. Pegawai yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia & Institusi Swasta
3. Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia @ Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
Kaedah Permohonan:
Sila layari pautan berikut untuk pendaftaran.... https://qrgo.page.link/aBM5Y
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. MSANAMO telah berdaftar dengan ROS bermakna persatuan berhak untuk membela nasib & hak kebajikan anggota yang berdaftar.
2. Pentas untuk ahli berkongsi pengalaman serta pembelajaran ke arah mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi & membantu ahli dalam perkembangan profession bersesuaian dgn kepakaran dgn berkolabrasi bersama IPTA & IPTS.
3. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Jururawat & PPP di setiap unit di bawah Perkhidmatan Anestesiologi dari seluruh Malaysia
4. Persatuan menganjur ceramah, forum, seminar dan bengkel berkaitan isu pendidikan dan profesion untuk manfaat ahli-ahli. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk masalah pendidikan setempat, menyediakan arah tuju bagi ahli-ahli biasa dan pemimpin ke arah pengurusan yang lebih profesional serta meningkatkan kompetensi perkhidmatan Anestesiologi.
5. Memberi peluang kepada ahli-ahli untuk berkolabrasi dengan profesion Jururawat & PPP bersama entiti berlainan dari dalam dan luar negara.
6. Ahli berdaftar yang membuat bayaran tahunan iaitu secara 5 tahun berturut-turut secara automatik akan menjadi ahli seumur hidup & tidak perlu membuat bayaran dari tahun ke-6 & seterusnya.
7. Ahli-ahli layak mendapat diskaun minima sebanyak 20% dari pembayaran yuran dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan
8. Ahli-ahli yang kekal aktif juga turut layak layak mendapatkan penjagaan kebajikan dengan mengemukakan permohonan tabung kebajikan. Senarai tuntutan ataranya adalah seperti kemasukan ke wad, ditimpa kecelakaan dan bersara (wajib / perubatan).
9. Selain dari itu, ahli-ahli juga ditawarkan tajaan penuh atau sebahagian dari kos yuran kursus di luar kelolaan persatuan.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |