PERTUBUHAN PRIHATIN WANITA INDIA SELANGOR DAN KUALA LUMPUR
PPM-017-10-15112018
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Skop utama Pertubuhan Prihatin Wanita India Selangor dan Kuala Lumpur adalah mendidik masyarakat India khususnya kaum wanita yang terlibat dalam isu-isu keganasan rumah tangga, membantu golongan janda / balu dan wanita terpinggir melalui program motivasi.
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan Prihatin Wanita India Selangor dan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 2018 yang beralamat di No.772, Jalan 18/2B, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Nombor pertubuhan kami ialah PPM-017-10-15112018.
Latar Belakang Pertubuhan
Saya bermula memberi pertolongan semenjak bersekolah dengan memberi makanan dan keperluan barangan sekolah kepada kawan-kawan saya yang memerlukan pertolongan. Sejak itu saya mula memberi bantuan makanan di sekitar kawasan perumahan saya yang ditunjuk ajar oleh ayah saya. Pesanan terakhir arwah ayah saya adalah menolong orang yang memerlukan bantuan. Semenjak itu saya membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Pada tahun 2018 saya menubuhkan Pertubuhan Prihatin Wanita India Selangor dan Kuala Lumpur.
Matlamat utama PPWISKL adalah membantu masyarakat India wanita dengan berkerjasama Jabatan Pertubuhan Malaysia.
Syarat-Syarat Keahlian
Ahli Biasa
- Kewarganegaraan : Malaysia
- Umur Minima : 18 Tahun
- Kawasan / Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor dan Kuala Lumpur
- Keturunan / Bangsa : India
- Jantina : Perempuan
- Agama : Hindu
Ahli Bersekutu
- Tiada
Ahli Kehormat
- Mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh AJK dan berkecuali dari pembayaran yuran.
Ahli Seumur Hidup
- Tiada
Ahli Remaja
- Mereka yang berumur 18 tahun kebawah perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga yang sah.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Dengan menyertai PPWISKL mendapat kaunseling percuma.
- Memberi khidmat pendidikan (barang keperluan sekolah)
- Memberi bantuan prihatin kepada keluarga yang memerlukan
- Menyertai program motivasi
Pautan Sosial Media
: | PPWISKL | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |