PERSATUAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PETALING
PPM-007-10-10102014
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Pembangunan Masyarakat Petaling (Nama asal: Persatuan Pembangunanan Masyarakat Kampung Tunku) telah ditubuhkan secara rasmi pada 10hb Oktober 2014.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Pembangunan Masyarakat Petaling mempunyai objektif seperti berikut:
(1) Menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat
(2) Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat
(3) Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk golongan kurang upaya ini seperti lawatan-lawatan riadah/rekreasi, senamrobik,bersukan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
(4) Memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi
(5) Mengadakan program-program yang bertujuan memupuk perpaduan
Latar Belakang Pertubuhan
Pada asalnya, sekumpulan rakan-rakan telah menjalankan kerja amal secara secara persendian dan keluarga persendirian disekitar Petataling Jaya. Selepas beberapa tahun, kerja sukarelawaan ini disatukan dibawah satu persatuan.
Syarat-Syarat Keahlian
(1) Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut :
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 Tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor
iv. Keturunan/Bangsa : SEMUA
v. Jantina : SEMUA
vi. Agama : semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu
mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang
sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh
ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk
dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa memberi sebab.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti
yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia
sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Persatuan Pembangunan Masyarakat Petaling memberi ruang dan peluang kepada individu yang berminat untuk menjalankan kegiatan kebajikan. Disini, kami memberi latihan kepada ahli-ahli untuk berkhidmad dengan tulus, ikhlas, teratus dan secara terurus.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |