PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)(MUSLIM WELFARE ORGANISATION MALAYSIA)
PPM-002-14-01051961-000017
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)(Muslim Welfare Organisation Malaysia) Melaka
Maklumat Pertubuhan
158/3 Kompleks Munshi Abdullah, Jalan Munshi Abdullah, 75100, Melaka
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.
PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.
PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.
Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN
<A>
(1) Keahlian PERKIM adalah tidak terhad dan
hendaklah terbuka kepada semua orang-orang Islam tidak kira bangsa atau
jantian, yang menyokong tujuan-tujuan PERKIM.
(2) Keahlian hendaklah mengandungi :
(a) Ahli Seumur Hidup
(b) Ahli Biasa
(c) Ahli Kehormat dan
(d) Ahli Sekutu
(3) Seorang Ahli Seumur Hidup atau Biasa
hendaklah seorang Islam dari apa bangsa pun yang bermaustatin di Malaysia.
(4) Seorang Ahli Kehormat hendaklah seorang
baik yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan
<B>
Keahlian PERKIM boleh juga mengandungi
Ahli-Ahli Sekutu yang terdiri daripada orang-orang dari apa bangsa atau agama
jua pun di Malaysia atau Luar Negeri.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Dapat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan yang bukan Islam dengan secara positif dan berkesan.
2. Dapat melibatkan diri dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan,derma,biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakn dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin,susah dan daif
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/profile.php?id=100006371435976 | |
Youtube | : | Tiada |
: | Tiada | |
: | Tiada | |
TikTok | : | Tiada |
Laman Web / Blog | : | https://www.perkim.net.my/ |
Telegram | : | Tiada |