PERTUBUHAN ALUMNI PELAJAR DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN POLITEKNIK PORT DICKSON
PPM-028-05-20022018
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Alumni Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson. Selepas ini disebut “Pertubuhan Alumni Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson” atau ringkasnya disebut sebagai PAPDISK di dalam Perlembagaan ini.
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan ini telah didaftarkan semula pada tahun 2018.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertemuan dan permulaan sebuah ikatan persahabatan antara pelajar-pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan yang telah ditakdirkan telah menghasilkan satu simpulan yang utuh dan kuat. Setiap peristiwa, dugaan dan pengalaman yang manis dan pahit yang mendatang telah ditempuh bersama dengan bantuan dan sokongan para sahabat. Tidak dilupakan juga, pensyarah-pensyarah yang telah bertungkus lumus mengerah keringat dalam memastikan pelajar-pelajarnya berjaya. Namun, setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan pertemuan, apabila wujudnya pertemuan, sudah tentu wujud titik pengakhiran. Atas falsafah kehidupan itulah, kami Alumni Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan sebulat suara dan bersatu tenaga bagi merangka program dan aktiviti yang akan diadakan di kalangan Alumni.
Syarat-Syarat Keahlian
Terbuka kepada bekas-bekas pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan Pertubuhan antaranya seperti berikut:
(a) untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan;
(b) untuk menjaga kebajikan di kalangan ahli-ahli
(c) Sebagai platform untuk pelajar senior & junior bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam menjalankan tugas harian.
Pautan Sosial Media
: | Pertubuhan Alumni Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik PD | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |