BADAN KEBAJIKAN ISLAM HOSPITAL BESAR TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG
PPM-001-10-27011987
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Islam, Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, Klang. Selepas ini disebut ‘Pertubuhan’.
2. Takrif pertubuhan Badan Kebajikan Islam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang adalah pertubuhan yang menjaga kebajikan semua ahli.
3. Bertaraf jabatan.
Maklumat Pertubuhan
Alamat berdaftarnya ialah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
atau di lain tempat atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke
semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat-menyurat ialah Hospital
Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor.
2. Alamat berdaftar dan alamat surat-menyurat pertubuhan tidak boleh diubah
dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Latar Belakang Pertubuhan
1. Menyatupadukan dan menjalinkan perhubungan silatulrahim dikalangan semua
pekerja Islam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
2. Berusaha membantu, menyuarakan dan memanjangkan masalah untuk
ditimbangkan oleh Pengurusan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
3. Berusaha mengembang dan mempertingkatkan syiar Islam sama menerapkan
nilai-nilai Islam dikalangan ahli selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia.
4. Mempereratkan hubungan dengan Pengurusan Hospital Tengku Ampuan
Rahimah, Klang terutama di dalam aspek Islamiah.
5. Menjalankan aktiviti-aktiviti pertubuhan berdasarkan nilai-nilai Islam untuk
kebajikan ahli.
6. Berusaha mengganda, melabur serta membelanjakan kewangan pertubuhan
dengan bijak dan mengikut lslam demi untuk penguatan sosio dan peranan
pertubuhan.
7. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan adalah semata-mata untuk
melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini, dan
tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk
membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan.
Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang
dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau keduaduanya
kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini dengan syarat mereka
ini telah memberikan perkhidmatan kepada pertubuhan ini.
Syarat-Syarat Keahlian
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Seluruh Negeri Selangor Darul
Ehsan
iv. Keturunan/Bangsa : Semua keturunan dan bangsa
v. Jantina : Lelaki dan Wanita
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Semua kakitangan syarikat sokongan yang
bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada pelatih-pelatih semua jawatan, Pegawai Kontrak, Pekerja
Sementara/Sambilan dan pekerja syarikat perkhidmatan sokongan (bukan
warganegara) di HTAR Klang yang beragama Islam. Mereka ini tidak berhak
mengundi dan memegang Jawatan di dalam pertubuhan.
C. Ahli Kehormat
i. Pengarah Hospital HTAR Klang/Penaung.
ii. Penasihat pertubuhan dan mereka-mereka yang berjasa kepada
masyarakat yang telah dan boleh memberi sumbangan kepada
pertubuhan yang ditentukan oleh Ahli jawatankuasa. Mereka terkecuali
dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada semua pekerja lslam yang berumur 18 tahun ke atas yang
dilantik, berjawatan rasmi dan pesara di Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Klang serta pekerja yang bertugas dengan syarikat perkhidmatan sokongan
(warganegara) di HTAR Klang.
E. Ahli Remaja
Tiada
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua
orang dan dihantar kepada Setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan
itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa
boleh mengikut budi-bicaranya untuk menolak sebarang permohonan tanpa memberi
sebab-sebabnya.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti
yang tertentu diterima menjadi Ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Manfaat
Nilai setiap tuntutan/cenderahati/hadiah tidak lebih
RM100.00
1) Khairat Kematian
- Ahli
- Suami / Isteri
- Anak kandung sahaja
- Ibu bapa kandung sahaja
2) Perkahwinan
(sekali dalam tahun semasa)
3) Masuk Wad / Kelahiran
(lebih 24 jam, sekali dalam tahun semasa)
4) Insentif Anak Cemerlang
- SPM (6A keatas)
- STPM/STAM (3 principle A)
- IPTA/IPTS (diterima masuk)
5) Cenderahati Persaraan
(bersara wajib sahaja)
6) Saguhati Jemaah Haji
(sekali seumur hidup)
Pautan Sosial Media
: | badan kebajikan islam HTAR Klang | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |