PERSATUAN SAINS MAKMAL PERUBATAN USM (AMELS USM) (ASSOCIATION OF MEDICAL LABORATORY SCIENCES USM)
PPM-006-03-06101989
IKHTISAS
Kategori
IKHTISAS AM
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Sains Makmal Perubatan (AMeLS) USM, merupakan pertubuhan bertaraf universiti yang mengumpulkan ahli yang terlibat dalam bidang diagnostik, klinikal dan penyelidikan berkaitan sains dan teknologi makmal perubatan. AMeLS USM aktif dalam menganjurkan program kebajikan sosial, ilmiah, rekreasi dan komuniti setempat yang memberi impak kepada profesion dan perkhidmatan sains makmal perubatan.
Maklumat Pertubuhan
Alamat Pertubuhan:
PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN
KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
16150, KUBANG KERIAN, KELANTAN DARUL NAIM
Latar Belakang Pertubuhan
SEJARAH PENUBUHAN:
Persatuan Sains Makmal Perubatan (AMeLS) USM telah diperakui pendaftarannya sebagai satu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.
Tarikh pendaftarannya atau penubuhan rasminya adalah pada 10 hb Jun Tahun 1989.
AMeLS dibentuk hasil daripada perbincangan kakitangan kumpulan profesion dalam bidang sains makmal perubatan yang berkhidmat di USM Kampus Kesihatan pada ketika itu.
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat-Syarat Keahlian:
A. AHLI BIASA
i. Kewarganegaraan: Malaysia
ii. Umur Minima: 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli: Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa: Semua
v. Jantina: Semua
vi. Agama: Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain: Merupakan Pegawai Sains, Pegawai
Penyelidik, Penolong Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal
Perubatan serta kakitangan lain yang bertugas menjalankan
tugas-tugas diagnostik, penyelidikan atau pengajaran di
makmal-makmal sains perubatan, pergigian dan kesihatan
B. AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa. Layak mengundi tetapi tidak layak untuk dipilih menjadi Jawatankuasa. Perlu membayar yuran seperti ahli biasa.
C. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
D. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
KAEDAH KEAHLIAN
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Peluang untuk menyerlahkan bakat kepimpinan
- Menerima penghargaan dalam kerjaya
- Meningkatkan jaringan ilmu antara ahli
Pautan Sosial Media
: | AMeLS USM | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |