PERSATUAN PROFESIONAL PSIKOLOGI DAN KAUNSELING MALAYSIA
PPM-007-14-26012022
IKHTISAS
Kategori
IKHTISAS AM
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Profesional Psikologi dan Kaunseling Malaysia atau MyPRO merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bertujuan untuk menyatukan para pengamal psikologi dan kaunseling di Malaysia agar bergerak secara bersepadu, tersusun, dan berkesan.
Maklumat Pertubuhan
Visi
MyPRO bertekad untuk menjadi sebuah institusi peneraju, perunding dan penasihat yang profesional, terkehadapan dan relevan mewakili bidang dan profesion psikologi dan kaunseling di Malaysia.
Misi
Menggembleng seluruh sumber dan potensi bagi menggungguli bidang dan profesion psikologi dan kaunseling melalui aktiviti pembangunan, perundingan dan advokasi.
Objektif
Berdasarkan Fasal 4 Perlembangaan, persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan/matlamat untuk:
1. Menjadi peneraju, perunding dan penasihat bidang psikologi dan kaunseling di Malaysia.
2. Menjadi medium penyatuan dan menaungi ahli-ahli profesional bidang psikologi dan kaunseling di Malaysia.
3. Memperkasa amalan profesional dan etika dalam psikologi dan kaunseling secara strategik.
4. Menggalakkan perkembangan ilmu, kefahaman dan penerimaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam kalangan rakyat Malaysia.
5. Memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling menjadi bidang terpenting, kekal relevan dan utama dalam negara.
6. Memupuk identiti, keharmonian, kerjasama dan menjaga kebajikan ahli psikologi dan kaunseling di Malaysia.
7. Memperjuangkan ketulenan bidang ilmu psikologi dan kaunseling.
8. Memberikan pengiktirafan, penghargaan kepada ahli yang aktif, beriltizam, tinggi taraf profesionalisme dan telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang psikologi dan kaunseling.
9. Bekerjasama atau bergabung dengan badan-badan profesional lain bagi mencapai tujuan dan objektif persatuan ini.
Alamat Surat-menyurat
Aras 28, GTower, Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefon
010-2004204
Nombor Faks
03-22806998
Alamat Emel
Latar Belakang Pertubuhan
MyPRO bertekad ingin menjadi peneraju, perunding dan penasihat bidang psikologi dan kaunseling di Malaysia, menjadi medium penyatuan dan menaungi ahli-ahli profesional bidang psikologi dan kaunseling di Malaysia, dan memperkasa amalan profesional dan etika dalam psikologi dan kaunseling secara strategik. MyPRO juga berhasrat untuk menggalakkan perkembangan ilmu, kefahaman dan penerimaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam kalangan rakyat Malaysia, memastikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling menjadi bidang terpenting, kekal relevan dan utama dalam negara, dan memupuk identiti, keharmonian, kerjasama dan menjaga kebajikan ahli psikologi dan kaunseling di Malaysia. MyPRO beriltizam untuk memperjuangkan ketulenan bidang ilmu psikologi dan kaunseling, memberikan pengiktirafan, penghargaan kepada ahli yang aktif, beriltizam, tinggi taraf profesionalisme dan telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang psikologi dan kaunseling, serta bekerjasama atau bergabung dengan badan-badan profesional lain bagi mencapai tujuan dan objektif persatuan.
Syarat-Syarat Keahlian
Berdasarkan Perlembagaan, berikut adalah kategori dan syarat keahlian yang telah ditetapkan:
4.2 Ahli Biasa
4.2.1 Adalah terbuka kepada graduan, pengamal dan profesional bidang psikologi dan kaunseling yang berumur tidak kurang daripada dua puluh (20) tahun dan warganegara Malaysia;
4.2.2 Mempunyai salah satu daripada kelulusan berikut:
i. Kelulusan dalam bidang Psikologi atau Kaunseling atau dalam bidang diiktiraf sebahagian daripada bidang ini, daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dalam negara atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di peringkat berikut:
a. Ijazah Kedoktoran; atau
b. Ijazah Sarjana atau Diploma Siswazah atau Diploma Pasca Siswazah; atau
c. Ijazah Sarjana Muda; atau;
d. Diploma; atau
e. Sijil Khas Psikologi dan Kaunseling dari Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta;
ii. Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang sah dan telah ditauliahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; atau
iii. Kelulusan-kelulusan profesional lain yang setara atau Ahli Bersekutu yang mendapat pengiktirafan daripada Persatuan ini.
4.3 Ahli Bersekutu
4.3.1 Adalah terbuka kepada mereka yang berumur tidak kurang daripada dua puluh (20) tahun, warganegara Malaysia dan mempunyai minat untuk memajukan profesion psikologi dan kaunseling di Malaysia; dan
4.3.2 Mendapat kelulusan dan pengesahan bertulis daripada Persatuan; dan
4.3.3 Ahli bersekutu boleh menikmati faedah yang disediakan oleh Persatuan kecuali hak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam Persatuan.
4.4 Ahli Seumur Hidup
Adalah terbuka kepada Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu dan perlu mendapatkan kelulusan khas oleh Jawatankuasa setelah menjadi ahli biasa selama satu (1) tahun.
4.4.1 Setiap permohonan keahlian, seseorang ahli hendaklah dengan mengisi borang permohonan menjadi ahli yang disediakan dan menghantarnya terus kepada Setiausaha Persatuan beserta dengan yuran. Setiausaha hendaklah mengangkat setiap permohonan kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan kelulusan. Segala keputusan Jawatankuasa adalah muktamad.
4.4.2 Setiap permohonan yang telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar yuran khas seperti yang ditetapkan dan akan diterima menjadi ahli Persatuan; dan
4.5 Ahli Perantis
Adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang sedang berada dalam program pengajian kaunseling dan psikologi di seluruh negara.
Kaedah Permohonan
Individu yang berminat untuk menyertai MyPRO boleh berhubung dengan Setiausaha melalui e-mel [email protected] untuk mendapatkan Borang Permohonan Keahlian secara percuma. Permohonan keahlian dibuka sepanjang tahun.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Menunjukkan solidariti para pengamal bidang kesihatan mental, psikologi dan kaunseling di Malaysia.
- Berpeluang menyertai pelbagai kursus dan latihan menolong menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling yang profesional.
- Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar secara terus daripada pakar dan para pengamal yang berpengalaman luas dalam bidang menolong secara profesional.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |