PERTUBUHAN KETURUNAN KELUARGA SEENI MALAYSIA
PPM-003-10-02112004
SOSIAL
Kategori
KETURUNAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN KETURUNAN KELUARGA SEENI MALAYSIA
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan Keturunan Keluarga Seeni Malaysia ditubuhkan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan Keturunan Keluarga Seeni Malaysia ditubuhkan oleh anak-anak dan cucu-cucu En. Seenivasagam A/L Ragavan - untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli.
Syarat-Syarat Keahlian
(1) Semua ahli pertubuhan hendaklah memenuhi kriteria berikut:
(a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas
(c) Mempunyai hubungan saudara dengan En. Seenivasagam A/L Ragavan
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh
ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk
dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa memberi sebab.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti
yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia
sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
(1) Merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli
(2) Menganjurkan aktiviti bercorak kebudayaan bagi memelihara tradisi kebudayaan
keturunannya
(3) Memiliki hartanah dan aset untuk tujuan pertubuhan dengan syarat persetujuan
mesyuarat agung diperolehi terlebih dahulu serta tertakluk kepada kebenaran
daripada pihak-pihak berkuasa
(4) Membantu untuk mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi ahli-ahlinya
(5) Menjaga kebajikan am ahli-ahli
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |