PERTUBUHAN KEBAJIKAN PENDUDUK KAWASAN KOMUNITI PASIR,SERIAN
PPM-006-13-30122016
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kawasan Komuniti Pasir, Serian, Sarawak.
Selepas ini disebut pertubuhan.
Kategori: Kebajikan
Sub-Kategori: Kebajikan Masyarakat.
Maklumat Pertubuhan
Menyatupadu dan mengeratkan hubungan di antara semua penduduk di Taman Pasir khususnya dan kawasan sekitarnya amnya.
Membantu pertubuhan lain dalam apa jua urusan yang berkaitan dengan kemasyarakatan sekitar.
Mengadakan aktiviti-aktiviti berfaedah berlandaskan Agama dan Undang-Undang Negara bagi kepentingan para penduduk disamping mengikuti atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pertubuhan / Persatuan / Badan Kebajikan dalaman
yang lain secara aktif.
Menjadi badan penghubung di antara para penduduk diantara para penduduk dengan mana-mana Pertubuhan / Persatuan / Badan Kebajikan dalaman mahupun luaran yang dibenarkan atau diluluskan oleh undang-undang.
Bekerjasama dengan mana-mana Pertubuhan / Persatuan / Badan Kebajikan dalaman mahupun luaran yang mana bertujuan sama dengan Badan Kebajikan ini demi untuk kebaikan ahli.
Untuk memberi khidmat masyarakat dan sokongan kepada semua penduduk khususnya dalam kegiatan kemasyarakatan.
Memupuk semangat kejiranan, tolong menolong, bantu-membantu, semangat tolenransi dikalangan penduduk untuk membentuk masyarakat madani.
Latar Belakang Pertubuhan
Ditubuhkan pada 2016
Melibatkan penduduk di sekitar Komuniti Pasir yang merangkumi:
a) Taman Pasir
b) Taman Pasir Ria
c) Taman Merryland
d) Taman Premier
e) Taman Pasir Height
f) Taman Pasir Avenue
g) Taman Syn Lian Syn Fasa 1/ Fasa 2/ Fasa 3
Syarat-Syarat Keahlian
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
4.1.1 Kewarganegaraan: Malaysia
4.1.2 Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Taman Pasir, Pasir Ria, Taman Merryland, Taman Premier, Pasir Height, Pasir Avenue, Taman Syn Lian Shin (Fasa 1,2,3).
4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
4.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dapat menyuarakan sebarang permasalahan dalam kawasan perumahan bersama
Bersama kita teguh
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/profile.php?id=100083674164291 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |