PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHUWAH ANAK YATIM/MISKIN DAERAH SABAK BERNAM
PPM-015-10-26052014
KEBAJIKAN
Kategori
KANAK-KANAK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam merupakan sebuah badan kebajikan anak yatim yang berdaftar dalam Pengurusan Kebajikan Anak Yatim serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pertubuhan ini juga merupakan pertubuhan berada dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dikenali sebagai Pertubuhan Ukhuwah.
Maklumat Pertubuhan
Pihak Pertubuhan Ukhuwah bertanggungjawab mengumpul dan memberi perlindungan kepada anak-anak yatim yang miskin khususnya yang beragama Islam untuk memelihara dari segi mental, pendidikan dan kasih sayang bagi memperbaiki masa depan untuk menghadapi kehidupan bermasyarakat.,
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini ditubuhkan pada 1985 yang diasaskan oleh YDH Dato' Hj Baharin Bin Hj Mat Akhir yang merupakan Orang Kaya Mahabijaya, Orang Besar Daerah Sabak Bernam dan Tn Hj Jemari Bin Ngarip. Pada peringkat awal pertubuhan ini adalah sebuah rumah kerajaan (rumah kayu) milik Jabatan Parit dan Tali Air (JPT) yang dijadikan asrama. Ianya juga memuatkan hanya 6 orang penghuni, seorang pengasuh dan seorang tukang masak.
Pada tahun 1988 sebuah bangunan 2 tingkat didirikan atas ihsan Kerajaan Negeri Selangor dengan memiliki Asrama Lelaki dan Asrama Perempuan, pejabat, sebuah dewan makan serta dewan serbaguna, dapur dan bilik warden. Pada tahun 2000, dibina lagi bangunan tambahan iaitu bilik komputer dab bilik mini perpustakaan. Di atasnya pula dijadikan surau untuk kegunaan para penghuni. Pada tahun 2002 pua, sebuah gelanggang serbaguna (takraw & badminiton) dibina untuk kemudahan riadah dan telah diasaskan oleh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Ukhuwah.
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat kelayakan untuk tinggal di Asrama Pertubuhan Ukhuwah adalah:
- Anak Yatim (kematian ayah)
- Melalui permohonan dan proses temuduga
- Prestasi Akaedemik yang baik dan sahsiah baik diberikan keutamaan.
- Had umur pengambilan 10 tahun dan ke atas.
- Mempunyai waris / penjaga (Ibu, Datuk,Nenek dan Saudara terdekat)
- Diutamakan kepada yang tinggal di Daerah Sabak Bernam
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Tempat tinggal dan makanan disediakan
- Yuran persekolahan dibiayai sepenuhnya oleh pertubuhan
- Wang saku persekolahan diberikan dan ditanggung
- Mendapat ilmu Fardhu Ain setiap hari seperti kelas pengajian
- Mempunyai tabungan simpanan sendiri
Pautan Sosial Media
: | Pertubuhan Ukhuwah Sabak Bernam | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |