PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHEPOR SENTOSA,CHEMOR,PERAK (2023)
PPM-017-08-03042023
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHEPOR SENTOSA, CHEMOR, PERAK (2023)Taman Chepor Sentosa terletak 10km dari Bandar Meru Raya Ipoh yang merupakan mercu tanda pentadbiran negeri Perak. Berdekatan dengan pusat rekreasi Air Terjun Ulu Chepor, Taman Chepor Sentosa juga merupakan lokasi yang begitu dekat dengan khazanah alam semulajadi flora dan fauna. Bagi para peminat aktiviti 'outdoor' di sinilah tempat bagi para pendaki mencari kepuasan mendaki Bukit Sentosa yang mempunyai 15 tingkat air terjun. Dikelilinggi ungas dan burung yang berkicauan ianya umpama berada di kawasan tanah tinggi dengan kabus memenuhi ruang taman.
Maklumat Pertubuhan
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah di NO 5, JALAN CHEPOR SENTOSA 7, TAMAN CHEPOR SENTOSA, 31200 CHEMOR, PERAK.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan ini ditubuhkan pada 3 April 2023 adalah sebagai organisasi sosial yang tekad membela dan menyuarakan isu dan merangka tindakan yang sewajarnya demi keharmonian penduduk Taman Chepor Sentosa. Visi persatuan adalah untuk menjadi platform untuk ahli-ahli menjalankan apa jua aktiviti yang memberikan impak manfaat dalam pelbagai bidang. Asas penubuhan adalah untuk membina jalinan Silaturahim dikalangan penduduk demi kesejahteraan warga taman.
Syarat-Syarat Keahlian
Ahli Biasa
- Kewarganegaraan : Malaysia
- Umur minima : 18 tahun
- Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Perak
- Bangsa : Semua
- Jantina : Lelaki dan Perempuan
- Agama : Islam
Kaedah Keahlian
- Mengisi borang pendaftaran ahli
- Serahkan borang keahlian kepada JK Persatuan bersama Bayaran Masuk RM10.00 dan Yuran Tahunan RM10.00 kepada BENDAHARI PERSATUAN.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pihak berkuasa mengenai permasalahan penduduk.
- Membolehkan penduduk mengenali antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan dalam setiap aktiviti taman.
- Mempunyai Unit Keselamatan dibawah Persatuan bagi menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat semasa keluar bekerja.
- Menjalankan segala aktiviti taman demi untuk keharmonian penduduk setempat.
- Sebagai organisasi yang dapat menjaga kebajikan ahli dan sebagai badan faedah bersama.
Pautan Sosial Media
: | Tiada | |
Youtube | : | Tiada |
: | Tiada | |
: | Tiada | |
TikTok | : | Tiada |
Laman Web / Blog | : | https://cheporsentosa.blogspot.com/2018/01/program-sekeluarga-santai-setaman.html?m=0 |
Telegram | : | Tiada |