MAJLIS KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SELANGOR
PPM-005-10-29051993
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor adalah sebuah badan penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan sukarela di peringkat negeri. Autonomi pertubuhan-pertubuhan anggota adalah dihormati tetapi menyokong tujuan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan
Maklumat Pertubuhan
TUJUAN:
Ø Membantu dalam penyelarasan kegiatan pertubuhan kebajikan sukarela di negeri Selangor.
Ø Mengadakan tali perhubungan antara pertubuhan sukarela dengan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Ø Membantu dalam usaha memulakan dan memajukan program kebajikan di peringkat negeri.
Ø Memberi sumbangan terhadap kemajuan pertubuhan dengan bergabung dengan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM).
Ø Menyediakan kemudahan untuk mematuhi keperluan kebajikan golongan terbiar.
Ø Membantu dalam usaha mewujudkan dan memajukan mutu perkhidmatan dan kecekapan dalam program kebajikan masyarakat sukarela.
Ø Majlis perlu memberi khidmat atau manfaat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, atau keturunan.
Latar Belakang Pertubuhan
Kelulusan pelepasan cukai
Kelulusan pelepasan cukai kepada penderma di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 – Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia iaitu bahagian teknikal telah memberi kelulusan kepada Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor mengikut subsekyen (6) akta Cukai Pendapatan 1967.
Syarat-Syarat Keahlian
PERMOHONAN MENJADI AHLI
Permohonan menjadi ahli oleh sesebuah pertubuhan mesti dihantar kepada Setiausaha Kehormat dengan menyertakan dokumen berikut:
i. Satu ringkasan struktur pertubuhan masa kini
ii. satu salinan senarai jawatankuasa kerja atau lembaga pengelola pertubuhan
iii. satu salinan perlembagaan pertubuhan
iv. satu salinan sijil pendaftaran
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor adalah sebuah badan penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan sukarela di peringkat negeri. Autonomi pertubuhan-pertubuhan anggota adalah dihormati tetapi menyokong tujuan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan
Pautan Sosial Media
: | Majlis Kebajikan & Pembangunan Masyarakat Selangor | |
Youtube | : | |
: | majlisselangor | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : | Majlis Kebajikan & Pembangunan Masyarakat Selangor |