PERTUBUHAN PUSAT KOMUNITI ANJUNG HIKMAH
PPM-005-05-24092021
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pusat Komuniti Anjung Hikmah diasaskan pada bulan September 2021 oleh sekumpulan pemuda yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan. Melihat kepada isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada masa kini, Pusat Komuniti Anjung Hikmah ditubuhkan bagi menawarkan solusi terhadap permasalahan umat Islam khususnya di Nilai, Negeri Sembilan menerusi dakwah akar umbi dengan penganjuran program-program yang memberi impak kepada masyarakat setempat.
Maklumat Pertubuhan
Tarikh penubuhan: 24 September 2021
No. pendaftaran ROS: PPM-005-05-24092021
Alamat: NO.SA01-01G, Jalan Nilai Perdana 11, Taman Nilai Perdana, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan.
Latar Belakang Pertubuhan
1. Membangun umat yang beragenda.
2. Merancang aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan keluarga & masyarakat.
3. Membina generasi baru menerusi penerapan nilai islam yang syumul.
4. Membentuk minda melayu muslim dengan pengukuhan agenda persepakatan.
5. Memantapkan ekonomi dan keusahawanan masyarakat.
6. Membantu masyarakat setempat menerusi isu sosial dan kebajikan.
Syarat-Syarat Keahlian
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Negeri Sembilan
iv. Keturunan/Bangsa : Melayu
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Berpegang Pada Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Mendapat peluang untuk menyertai program-program menarik bagi peringkat anak-anak (kanak-kanak & remaja), dewasa dan program umum.
- Mendapat kerjasama institusi sosial setempat seperti surau, balai raya dan sekolah berhampiran.
- Membantu merancang aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan keluarga & masyarakat.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/komuniti.anjunghikmah/ | |
Youtube | : | |
: | https://www.instagram.com/anjunghikmah/ | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |