PERSATUAN KEBUDAYAAN VALLALAR (VALLALAR ANBU NILAYAM), IPOH, PERAK
PPM-005-08-13091993
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan ini menggalakkan dan menganjurkan program-program berfaedah untuk pembangunan individu dan masyarakat.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh pengasas persatuan ini ialah:
1. Mengaturkan kelas-kelas bagi memajukan etika Thirukural, Thiruvarutpa dan Saiva Sithanta oleh pengajar-pengajar berkelayakan;
2. Mengadakan kelas-kelas agama, kebudayaan, etika dan kelas-kelas Bahasa Tamil untuk orang muda dan orang dewasa;
3. Memberi latihan Yoga pernafasan dan ilmu meditasi (Thianam) bagi tujuan memperbaiki kesihatan jasmani dan rohani;
4. Menjalankan serta memberi khidmat nasihat dalam upacara kematian, perkahwinan dan kelahiran dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia;
5. Menyelesaikan masalah keluarga serta hal peribadi dan komuniti menerusi
perkhidmatan kaunseling; dan
6. Memajukan disiplin, persaudaraan serta harmoni dan toleransi dalam kehidupan individu dan komuniti.
Maklumat Pertubuhan
Para penganjur dan ahli-ahli Persatuan ini telah bertungkus lumus untuk menjayakan program Kelas Etika Thirukural berpandukan objektif-objektif berikut:-
i) Menanamkan nilai-nilai moral supaya membina peribadi mulia;
ii) Memupuk keinginan untuk sentiasa menimba ilmu pengetahuan supaya dapat membina masyarakat yang makin berintelek;
iii) Membina masyarakat yang berfikiran positif untuk mengelakkan gejala sosial;
iv) Memupuk semangat progresif dalam usaha pembangunan negara; dan
v) Mendidik kanak-kanak menjadi modal insan bercita-cita tinggi dan sedia menghadapi cabaran dunia.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Kebudayaan Vallalar Ipoh ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1993 oleh Arwah Tamilkuyilar Dr. K. Kaliaperumal, AMP, PJK, PPG, D Litt.
Di bawah naungan Presiden Tuan Adimolum Muniandy, PPT. PJK., dan Naib Presiden Tuan Sathananthan seorang bekas Pensyarah Universiti(UTAR), kelas Thirukural menjadi program aktif persatuan ini.
Seramai 10 Bekas Guru-guru, Guru Besar dan Pendidik-pendidik direkrut untuk menjalankan program ini dengan jayanya.
Dengan sokongan SEDIC, kelas Thirukural dapat diperkembangkan untuk memaksimakan impak kepada para pelajar di kawasan Buntong dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Syarat-Syarat Keahlian
(i) Ahli biasa persatuan ini mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
(ii) Keahlian adalah terbuka kepada penduduk di negeri Perak dan keturunan kaum Tamilar.
(iii) Ahli bersekutu adalah terbuka kepada warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas keturunan kaum Tamil tinggal di luar negeri Perak.
(iv) Ahli seumur hidup ialah yang memenuhi syarat di (i) dan (ii) dengan
membayar yuran RM500 sekaligus.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika serta keinginan untuk meneruskan pembangunan secara intelek
2. Melahirkan individu berpendirian tinggi yang holistik dan mempunyai perwatakan teguh selaras dengan pembinaan ciri-ciri kepimpinan;
3. Mewujudkan sistem sosial yang mementingkan pembangunan masyarakat dengan "sense of community" serta negara;
4. Membina persekitaran sihat untuk masyarakat supaya tidak cenderong serta menjauhi diri daripada gejala-gejala sosial; dan
5. Membina masyarakat yang mempunyai jati diri yang lestari.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/VallalarAnbuNilayamIpoh/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |