PERSATUAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA ANGGOTA NEGERI TERENGGANU (POKUAT)
PPM-010-11-13012003
KEBAJIKAN
Kategori
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan POKUAT ditubuhkan dengan matlamat dan visi untuk mencapai perkara-perkara berikut :
1 .Sebagai sebuah Persatuan Sukarela yang di organisasikan sendiri oleh golongan cacat anggota di Negeri Terengganu.
2. Menjadi sebuah badan yang berfungsi dan berperanan sebagai penghubung dan menjalin kerjasama dalam perkara yang berkaitan dan difikir perlu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu kursusnya dan mana-mana jabatan atau badan-badan lain.
3. Menggalakkan ahli supaya mampu berdikari dan mempunyai wawasan dalam kehidupan bagi menghadapi cabaran masakini.
4. Menyediakan satu forum untuk nasihat dan perbincangan berhubung dengan matlamat, objektif, pandangan, peluang dan permasalahan yang dihadapi oleh ahli-ahli didalam mana-mana seminar atau persidangan diperingkat negeri atau peringkat nasional ataupun mana-mana persidangan dari masa ke semasa.
5. Bergabung dan berkolaborasi dengan mana-mana badan atau organisasi yang berobjektifkan untuk membangunkan dan memperkasakan golongan cacat anggota amnya dan golongan orang kurang upaya khususnya.
6. Menjadi pemangkin dan menggalakkan ahli-ahli menyertai kegiatan social yang sihat, sukan dan reakreasi.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan bagi mencapai perkara-perkara berikut :-
- Sebagai sebuah Persatuan Sukarela yang dipimpin sendiri oleh golongan cacat anggota di Negeri Terengganu.
- Sebagai badan yang berfungsi sebagai penghubung dan menjalin kerjasama dalam perkara berkaitan dan difikir perlu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu khususnya dan mana-mana Kementerian, Jabatan atau badan-badan lain.
- Menggalakkan ahli-ahli supaya mampu berdikari dan mempunyai wawasan dalam kehidupan bagi menghadapi cabaran masakini.
- Menyediakan satu forum untuk memberi nasihat dan perbincangan –perbincangan berhubung dengan matlamat dan objektif, pandangan, peluang-peluang dan masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli serta seminar, persidangan peringkat negeri dan Negara atau mana-mana persidangan dari masa ke semasa.
- Bergabung dengan badan-badan kebangsaan yang objektif utamanya ialah untuk memajukan golongan cacat anggota khususnya dan orang kurang upaya keseluruhannya.
- Menggalakkan ahli-ahli menyertai kegiatan sosial yang sihat, sukan dan rekreasi.
- Persatuan ini boleh mengutip derma dari ahli dan orang ramai untuk tujuan persatuan dengan persetujuan Mesyuarat Agong dan kebenaran Pendaftar Pertubuhan serta pihak berkuasa berkenaan tertentu terlebih dahulu.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Pembangunan Orang kurang Upaya Anggota
Terengganu(POKUAT) telah ditubuhkan pada 13 Januari 2003.
POKUAT merupakan sebuah persatuan sukarela dibawah
Kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu,
Manakala pada peringkat permulaan penaung persatuan ini ialah
Yang Teramat MuliaTengku Besar Syarifah Nong Al-Sagoff.
Pada peringkat awalnya persatuan ini diasaskan oleh En.Shafee
bin PC Mohd Uni pada pertengahan tahun 2002 sehingga
penubuhan rasminya dan beliau menerajui persatuan ini selama
2 penggal iaitu dari tahun 2003 - 2004. Seterusnya tampuk
pentadbiran POKUAT sebagai Presiden di teruskan
oleh En. Zait bin Salleh dari 2004 sehinggalah ketahun 2010.
Pada 2011, tampuk pentadbiran POKUAT terus mengalami
transformasi dan bermula dari tarikh 1 Januari 2011, jawatan Presiden
POKUAT di pegang oleh En. Fakhruddin b. Zakaria sehingga tahun 2024.
Sehingga kini, POKUAT mempunyai keahlian seramai 600
orang yang meliputi semua daerah di negeri Terengganu. POKUAT
ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi suatu platform kepada
golongan OKU bagi mentranformasikan diri untuk membangun
dan berdaya saing supaya mampu berdikari dan mempunyai
wawasan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
POKUAT sering menggalakkan ahli-ahlinya menyertai kegiatan
sosial yang sihat dan mengadakan aktiviti-aktiviti serta program-
program intergrasi yang dapat memberikan manafaat dan
membentuk keyakinan diri ahli-ahli serta dapat berinteraksi
dengan masyarakat luar. Golongan normal juga boleh menyertai
POKUAT dengan berdaftar sebagai ahli bersekutu dan membayar
yuran tahunan hanya sebanyak RM 2.00 sahaja.
POKUAT juga adalah sebagai pelengkap dan wadah penyampaian
Maklumat kerajaan kepada golongan OKU disamping menjadi
Perantara dalam menyampai dan menyalurkan permasalahan
OKU kepada agensi yang berwajib.
Syarat-Syarat Keahlian
seorang oku anggota : ahli
seorang normal : ahli bersekutu
Seorang rakyat Terengganu atau pemastautin
berusia 7 tahun keatas
yuran daftar RM 2 dan yuran Setahu RM 2
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Sebagai badan yang berfungsi sebagai penghubung dan menjalin kerjasama dalam perkara berkaitan dan difikir perlu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu khususnya dan mana-mana Kementerian, Jabatan atau badan-badan lain.
Menggalakkan ahli-ahli supaya mampu berdikari dan mempunyai wawasan dalam kehidupan bagi menghadapi cabaran masakini.
Menyediakan satu forum untuk memberi nasihat dan perbincangan –perbincangan berhubung dengan matlamat dan objektif, pandangan, peluang-peluang dan masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli serta seminar, persidangan peringkat negeri dan Negara atau mana-mana persidangan dari masa ke semasa.
Pautan Sosial Media
: | Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |