PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM
PPM-001-04-12102020
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM atau singkatannya PPTDB.
Perkataan “PPTDB” dan/atau “Persatuan” akan digunakan secara silih berganti mengikut keadaan ayat dan maksud bagi tujuan merujuk kepada pertubuhan ini.
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM atau singkatannya PPTDB
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM atau singkatannya PPTDB
Syarat-Syarat Keahlian
4.1 Kriteria keahlian Persatuan adalah seperti berikut
(a) Ahli Biasa:
i. Kewarganegaraan: Malaysia.
ii. Umur Minima: 18 tahun.
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli: Taman Desa Bertam, Melaka.
iv. Keturunan/Bangsa: Semua.
v. Jantina: Semua.
vi. Agama: Semua.
(b) Ahli Seumur Hidup:
i. Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus seperti Fasal 6.2.
.
4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan yang lengkap itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
4.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.
4.4 Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan dengannya.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
FASAL 3 OBJEKTIF PENUBUHAN DAN FAEDAH KEAHLIAN
Objektif penubuhan dan faedah keahlian adalah seperti berikut:
3.1 Meningkatkan kebajikan ahli dan menjaga kepentingan ahli secara keseluruhan. Kebajikan ahli turut dijaga dengan cara menyumbang derma kepada ahli atau waris mereka atas sebab-sebab berikut:
(a) Kematian.
(i) Ahli: RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja).
(ii) Waris Ahli: RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja).
(isteri, suami dan anak termasuk anak angkat yang berdaftar)
(b) Masuk Hospital.
Bagi ahli PPTDB sahaja yang sakit dan dimasukkan ke wad-wad hospital layak menerima sumbangan seperti berikut:
2
Faedah atau derma ini tidak termasuk atas sebab bersalin. Faedah ini juga terhad dinikmati sekali dalam tempoh setahun.
(i) 2 hari hingga 6 hari – RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Pluh Sahaja).
(ii) 7 hari dan lebih – RM150.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).
(c) Perkahwinan Ahli.
RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).
(untuk perkahwinan pertama ahli semasa menjadi ahli).
(d) Kelahiran Anak Ahli.
RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) untuk setiap kelahiran pertama ahli semasa menjadi ahli dan RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) untuk kelahiran seterusnya.
Catatan: Bagi Fasal 3.1 (a) hingga Fasal 3.1 (d), Setiausaha atau wakil dibenarkan juga menjalankan kutipan derma secara kilat sebagai sumbangan tambahan di samping peruntukan tetap yang dinyatakan di atas. Sumbangan derma bagi Fasal 3.1 (a) hingga Fasal 3.1 (d) juga tektakluk kepada 3 bulan (90 hari) tempoh menunggu selepas ahli menyertai Persatuan dengan bayaran Yuran Tahunan atau bayaran Yuran Seumur Hidup dilunaskan pada hari pendaftaran. Bagi ahli baharu yang telah melunaskan bayaran Yuran Tahunan atau bayaran Yuran Seumur Hidup, tempoh menunggu dikecualikan bagi Fasal 3.1 (a) Kematian.
Semua tuntutan kebajikan yang disebutkan haruslah dipohon melalui Setiausaha dan mendapat sokongan Bendahari serta Pengerusi.
3.2 Meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan, ketenteraman, pembangunan infrastruktur dan penyelenggaraan Kawasan Perumahan Penduduk Taman Desa Bertam.
3.3 Menjadi pengantara di antara penduduk dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan pihak Pemaju Taman Desa Bertam dan/atau wakil-wakil dari pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan/atau pihak korporat untuk mencapai matlamat Fasal 3.1 dan Fasal 3.2.
3.4 Meningkatkan kualiti hidup di Taman Desa Bertam melalui cara-cara berikut:
(a) Meningkatkan pemikiran sivik dan kesedaran ekologi dan alam sekitar.
3
(b) Memupuk integrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum melalui aktiviti pendidikan, kebudayaan, rekreasi dan sosial.
(c) Mengedarkan maklumat berkenaan Taman Desa Bertam melalui notis, risalah, majalah atau melalui atas talian dan sebagainya kepada ahli-ahli mengenai Fasal 3.1.1 hinga Fasal 3.1.4 dengan melalui kelulusan yang tertentu daripada pihak berkuasa berkenaan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/pptdb/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |