PERSATUAN PENDUDUK FASA IV, TAMAN SRI SERDANG, SELANGOR
PPM-010-10-19072018
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Dikenali sebagai: PERSATUAN PENDUDUK FASA IV, TAMAN SRI SERDANG
Maklumat Pertubuhan
Alamat operasi/surat menyurat:
3388, JALAN 18/61, FASA IV, TAMAN SRI SERDANG
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
Latar Belakang Pertubuhan
Ditubuh pada 2018 dan didaftar secara rasmi pada 19/7/2018.
Matlamat penubuhan:
1. Mengwujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan Pendidikan, kebudayaan, sosial, sukan dan rekreasi, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
3. Mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin dalam kalangan mereka.
4. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.
5. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju/kontraktor dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk.
6. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
Syarat-Syarat Keahlian
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Fasa IV, Taman Sri Serdang.
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dapat menyertai semua aktiviti yang dianjurkan.
Dapat mewujudkan kerjasama antara semua penduduk.
Merapatkan hubungan perpaduan antara penduduk.
Sama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan perumahan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/groups/382181629221937 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |