PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 12 BANDAR BARU BANGI (2013)
PPM-002-10-26092013
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
- Persatuan Penduduk Seksyen 12 didaftarkan pada 26.09.2013 dengan ROS.
- Alamat Pendaftaran ialah No.10, Jalan 12/4 Seksyen 12, Bandar Baru Bangi.
- Keahlian terdiri daripada penduduk yang tinggal di perumahan rumah teres satu tingkat yang mengandungi 100 buah rumah.
- Kebanyakkan pebduduk bekerja dengan pihak swasta, kilang-kilang berdekatan, berniaga sendiri dan juga kakitangan kerajaan.
- Sekitar kawasan perumahan kami, banyak bangunan kerajaan dan institusi pendidikan.
- PLPP - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
- AADK - Ibu Pejabat
- IPG Kampus Pendidikan Islam
- ILIM - Institusi Latihan Islam Malaysia
Maklumat Pertubuhan
Nama pertubuhan ini didaftarkan sebagai PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 12 BANDAR BARU BANGI
Nombor Pertubuhan: PPM-002-10-26092013
Pengerusi: HAJI UZAAR BIN ARIS
Timbalan Pengerusi: HAJI HARUN BIN ABDUL HASSAN
Setiausaha: ENCIK MOHD HUSSEIN BIN HASHIM
Penolong Setiausaha: ENCIK MOHD FAIZUL ADHA BIN KORNAIN
Bendahari: ENCIK NOR AZLAN BIN ABDULLAH
Latar Belakang Pertubuhan
- Persatuan Penduduk Seksyen 12 Bandar Baru Bangi (2013) ditubuhkan kali kedua pada 26.09.2013. Pendaftaran Persatuan kali yang pertama dibatalkan.
- Pada tahun 1996, taman ini dibuka oleh PKWS pada waktu ada keperluan untuk menubuhkan persatuan, beberapa siri mesyuarat/perjumpaan tidak formal diadakan. Persatuan ini didafyarkan kali pertama pada tahun 1996.
- Oleh kerana ada masalah pengurusan, pendaftaran persatuan yang pertama dibatalkan.
- Pada tahun 2022, beberapa AJK lama telah bersetuju untuk membuat pendaftaran semula. No Pendaftaran Persatuan sekarang ialah PPM-002-10-26092013.
Syarat-Syarat Keahlian
- Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas tanpa mengira agama bangsa dan jantina, serta tinggal di kawasan perumahan seksyen 12 Bandar Baru Bangi, Selangor adalah layak untuk menjadi ahli Pertubuhan.
- Tiada bilangan ahli yang dihadkan oleh Pertubuhan.
- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklan dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehandaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang telah ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
- Seorang pelajar Universiti atau Kolej - Universiti yang tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Mengeratkan hubungan kejiranan sesama ahli
- Mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong untuk kebersihan dan kesudahan kawasan sekitar
- Mengawal keselamatan di kawasan tempat tinggal
- Dapat sumbangan kebajikan jika ahli keluarga masuk hospital bernilai RM50.00
- Tabung Khairat Kematian, jika ketua keluarga atau tanggungan meninggal dunia, dapat sumbangan RM1,000.00 (RM Satu Ribu sahaja)
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |
Maaf! Tiada Maklumat dijumpai