KELAB SUKAN BELLAS & CO
PPM-024-16-10102023
REKREASI
Kategori
REKREASI AM
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Kelab Sukan Bellas & CO adalah kelab wanita yang berfokuskan aktiviti rekreasi sukan terutamanya bola jaring.
Maklumat Pertubuhan
Berdaftar pada 10 Oktober 2023 dengan keahlian seramai 22 orang berumur 18 tahun ke atas. Ia bertujuan untuk membentuk platform komuniti yang aktif, sihat, kreatif dan berdaya maju dalam mengembangkan sukan bola jaring bagi kepentingan ahli.
Hubungi kelab di [email protected]
Latar Belakang Pertubuhan
Bola Jaring adalah sukan yang dipilih sebagai aktiviti utama. Kelab giat menjalankan sesi latihan dan perlawanan persahabatan secara mingguan sejak 2023.
Kelab juga mempunyai ahli yang berpengalaman melebihi 8 tahun yang terlibat dalam arena bola jaring sama ada dalam peringkat komuniti sosial atau sekolah/IPTA/IPTS/Negeri serta kelab sukan tempat belajar/kerja.
Syarat-Syarat Keahlian
- Terbuka kepada peminat sukan bola jaring khususnya.
- Keahlian mesti diluluskan oleh AJK Kelab semasa.
- Ahli (wanita sahaja) berumur 18 tahun ke atas. Ahli remaja wajib mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga.
- Membayar Fi Masuk RM1.00 (sekali sahaja) dan Yuran Tahunan RM12.00.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- AJK yang berpengalaman dan berdedikasi serta mempunyai hubungan yang baik dalam komuniti bola jaring peringkat sosial mahupun profesional.
- Kelab aktif dalam menggerakkan aktiviti bola jaring dalam pelbagai peringkat.
- Kelab sentiasa mengutamakan budaya berpasukan yang positif dan harmoni serta menggalakkan ahli memiliki gaya hidup aktif dan sihat, meningkatkan jati diri dan membina kepimpinan yang baik.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | bellasnetball | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |