PERSATUAN PENDUDUK SRI MANJA SQUARE ONE
PPM-013-10-17102023
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENDUDUK SRI MANJA SQUARE ONE
Maklumat Pertubuhan
TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO. 1-3, BLOK E, SRI MANJA SQUARE 1, JALAN PJS 3/48, TAMAN SRI
MANJA
46000 PETALING JAYA
SELANGOR
dan alamat untuk surat-menyurat adalah;
NO. 1-3, BLOK E, SRI MANJA SQUARE 1, JALAN PJS 3/48, TAMAN SRI
MANJA
46000 PETALING JAYA
SELANGOR
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Latar Belakang Pertubuhan
Ditubuh pada 17hb Okt 2023
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 20 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Pemilik Atau Penyewa Kediaman /
Bangunan Di Sri Manja Square 1 (one), Jalan Pjs 3/46 Dan Jalan Pjs
3/48, Taman Seri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor
B. Ahli Bersekutu
Tiada
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu
mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang
sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam
Pertubuhan.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
MATLAMAT
1. Mengembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat
berbilang kaum.
2. Mengwujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai
kaum, agama dan bangsa.
3. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial,
akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
4. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang
berkuasa mengenai masalah penduduk.
5. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk
semangat kejiranan dan persahabatan
Pautan Sosial Media
: | N/A | |
Youtube | : | N/A |
: | N/A | |
: | N/A | |
TikTok | : | N/A |
Laman Web / Blog | : | N/A |
Telegram | : | N/A |