PERSATUAN PENDUDUK KAJANG EAST PRESINT 1
PPM-020-10-12012023
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Penduduk Kajang East Precinct 1
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Penduduk
Latar Belakang Pertubuhan
Ditubuhkan pada 18 Desember 2022
Syarat-Syarat Keahlian
1 Keahlian adalah dibuka kepada penduduk-penduduk rumah di Kajang East Presint 1 yang umurnya tidak kurang daripada 18 tahun dan terhad kepada satu (1) keahlian sahaja untuk tiap-tiap satu alamat di Kajang East Presint 1. Keahlian dibuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2 Tiap-tiap kediaman adalah layak diwakili oleh satu (1) ahli sahaja.
3 Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa, mengikut budi bicaranya, boleh menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
4 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan seperti yang ditetapkan sebelum diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1 Untuk meningkatkan kebajikan ahli dan menjaga kepentingan ahli secara keseluruhan ahli penduduk Kajang East Presint 1.
2 Untuk meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan, ketenteraman dan penyelengaraan kawasan Kajang East Presint 1.
3 Untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan pihak pemaju dan pihak pengurusan kawasan Kajang East Presint 1 serta wakil-wakil dari kerajaan tempatan, badan berkanun dan / atau pihak korporat untuk mencapai matlamat di atas.
4 Untuk meningkatkan mutu hidup di kawasan Kajang East Presint 1 melalui cara-cara berikut: (a) Meningkatkan pemikiran sivik dan kesedaran ekologi dan alam sekitar. (b) Memupuk integrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum melalui pendidikan, kebudayaan, rekreasi dan activiti sosial.
5 Untuk mengedarkan maklumat berkenaan Kajang East Presint 1 melalui notis, risalah, majalah dan sebagainya kepada ahli-ahli
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |