PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUSA'AD DEEN KUCHING
PPM-014-13-05052021
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Kebajikan masyarakat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan mewujudkan masyarakat yang penyayang serta mendatangkan kebaikan kepada remaja dan negara.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 hingga 8,
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula”.
Dalam ayat ini, Allah memperinicikan balasan amal masing-masing dan Allah memperingatkan hamba-hambanya supaya sentiasa melakukan amalan kebajikan seperti membantu golongan yang bernasib baik dan menolong membersihkan rumah kebajikan atau masjid dan surau.
Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 114
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan siapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keridhoan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar”
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 148
“berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”
Ayat ini menerangkan Islam untuk memperjuangkan kebaikan dan setiap kebaikan yang dilakukan akan memperoleh ganjaran yang dijanjikan oleh-Nya.
Maklumat Pertubuhan
Nama Pertubuhan : Pertubuhan Kebajikan Musae’Deen Kuching
No. Pendaftaran : PPM-014-13-05052021
No. Akaun : 561033130982 (Maybank)
Alamat : 1st Floor, Sublot 11, Section 65,
2 Cinta Commercial Centre, Jalan
Matang Baru, 93050, Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082-646898
Facebook : Pertubuhan Kebajikan Musa’ad
Deen, Kuching
Instagram : @pertubuhanmusaaddeen
Email : [email protected]
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan Musaad Deen ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mei 2021 yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Pertubuhan ini juga merupakan salah satu pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal antaranya seperti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam bentuk bersesuaian seperti bergotong-royong, membersih kediaman rumah kebajikan.
Selain itu juga, pertubuhan ini membantu generasi muda dengan membimbing mereka kearah kebaikan dan melaksanakan program yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat.
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat- syarat Asas Kelayakan
•Warganegara Malaysia
•Gologan Berkeperluan & Tidak
Berkemampuan.
•Fakir.
•Muallaf.
•Asnaf Yatim, Balu , Janda dan Orang tua.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Meringankan kesusahan golongan miskin, pelajar, anak yatim dan keluarga yang memerlukan bantuan.
Melahirkan insan-insan yang berilmu tinggi, beriman dan bertaqwa.
Menyemai semangat kerjasama dikalangan ahli-ahli untuk membantu masyarakat.
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkihdmatan kebajikan serta mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
Pautan Sosial Media
: | Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen, Kuching | |
Youtube | : | |
: | @pertubuhanmusaaddeen | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |