PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA SERDANG (BARU)
PPM-004-10-13092016
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Desa Serdang (Baru) ini bertujuan menyatupadukan penduduk bagi menangani berbagai masalah yang akan di hadapi terutamanya masalah keselamatan dan kemasyarakatan.
Maklumat Pertubuhan
1.Membina pondok keselamatan bertujuan mengawasi semua kenderaan yang keluar masuk ke taman kita dan petugas keselamatan hendaklah mengawasi jalan desa serdang 6,7,8,9 dan 10 dalam waktu yang ditentukan.
2. Menyelaras aktiviti bagi meningkatkan keprihatinan penduduk mengenai keselamatan dan keamanan kawasan setempat serta menjaga kemudahan awam bersama-sama penduduk supaya sentiasa dalam keadaan baik dan
boleh digunakan di samping bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengawasi keselamatan kawasan taman.
3. Mengeratkan perpaduan, perasaan muhibah, saling hormat menghormati di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum.
4. Menyelaras semua aduan, masalah, maklum balas, keperluan dan kebajikan penduduk untuk dikemukakan kepada pihak berkaitan.
5. Memupuk dan menggalakkan semangat kerjasama dan kesukarelawan dengan melaksanakan aktiviti melibatkan penduduk.
6. Menggalak dan memupuk amalan gaya hidup sihat di antara penduduk dengan menjaga kebersihan persekitaran dan membantu pihak berkaitan dalam menjalankan khidmat nasihat dan berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam mencegah wabak penyakit.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk Taman Desa Serdang (Baru) ini ditubuhkan kerana terdapat banyak kes kecurian, rompak and ragut dalam kawasan taman perumahan kita.
Syarat-Syarat Keahlian
- Kewarganegaraan : Malaysia
- Umur Minima : 18 tahun
- Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Taman Desa Serdang, Jalan Desa Serdang 6,7,8,9 dan 10 Selangor
- Keturunan/Bangsa : Semua
- Jantina : Semua
- Agama : Semua
- Kriteria Keahlian Yang Lain : Terbuka Kepada Semua Penduduk Di Taman Desa Serdang Selangor Yang Berumur 18 Tahun Keatas.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Memupuk keakraban, semangat sepakat dan sebulat suara bagi semua kaum penduduk.
- Kemuafakatan berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.
- Anak-anak kita berinspirasi harapan negara kita.
- Kejiranan yang aman, harmoni dan sejahtera menjadi kemuafakatan masyarakat yang sempurna.
- Meningkat semangat gotong royong dan sikap tolong menolong dalam soal kebajikan dan keharmonian.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/profile.php?id=129345237237711&_rdr | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |