PERSATUAN ENTOMOLOGI KESIHATAN AWAM MALAYSIA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF PUBLIC HEALTH ENTOMOLOGY)
PPM-028-16-08122011
SOSIAL
Kategori
PEKERJAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Entomologi Kesihatan Awam Malaysia (PEKA) atau dalam Bahasa Inggerisnya Malaysian Association of Public Health Entomology merupakan persatuan yang keahliannya terdiri daripada Pegawai Sains (Entomologi), penyelidik, pensyarah, agensi berkanun dan pihak swasta serta individu yang terlibat secara langsung dan berkelayakan khususnya dalam bidang entomologi (kesihatan awam) di Malaysia.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Entomologi Kesihatan Awam Malaysia (PEKA) [Malaysian Association of Public Health Entomology] merupakan persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran: PPM-028-16-08122011) sejak 12 Ogos 2011. PEKA juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, bernombor pendaftaran; eP-0505M0006.
Berikut maklumat tambahan PEKA;
1) Alamat :P.O Box 00007, PO B. B. Bangi, 43650 Selangor
2) Website : entomologimalaysia.weebly.com
3) Emel : [email protected]
4) No. telefon : 019 571 8009
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Entomologi Kesihatan Awam Malaysia (PEKA) ditubuhkan pada tahun 2011 melalui kesepakatan Pegawai Sains (Kaji Serangga), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Objektif penubuhan persatuan ini adalah mempromosi, memartabatkan dan memajukan profesion entomologi kesihatan awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Syarat-Syarat Keahlian
Seterusnya kini, keahlian PEKA juga dibuka kepada penyelidik, pensyarah, agensi berkanun dan pihak swasta serta individu yang terlibat secara langsung dalam bidang Entomologi dan Pest. Berikut adalah ringkasan individu yang layak menyertai keahlian PEKA;
- Pegawai Sains (Entomologi) Kementerian Kesihatan Malaysia
- Pegawai Penyelidik (bidang Entomologi)
- Pensyarah IPTA/IPTS (bidang Entomologi) , penyelidik institusi/agensi (Entomologi)
- Agensi swasta yang berlatar belakang bidang Entomologi yang melibatkan Kesihatan Awam
Kelayakan minimum akademik adalah mesti mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang entomologi/ zoologi/biologi dan mengamalkan bidang kesihatan awam di Malaysia khususnya.
Terdapat kategori keahlian khas bagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik tetapi terlibat secara langsung dalam bidang entomologi kesihatan awam. Pemohon yang berminat menyertai keahlian PEKA hendaklah mengisi Borang Permohonan Keahlian yang terdapat di website PEKA iaitu entomologimalaysia.weebly.com dan emel ke [email protected]. Seterusnya, AJK Tertinggi PEKA akan membuat penilaian berdasarkan syarat kelayakan akademik dan latar belakang/ maklumat pemohon dalam masa 2 minggu bekerja.
Pemohon yang telah diluluskan untuk menyertai keahlian PEKA akan dihubungi oleh pihak AJK PEKA (Setiausaha) untuk membuat pembayaran yuran penyertaan kali pertama dan yuran tahunan. Yuran Pendaftaran (untuk pendaftaran pertama kali dalam semua kategori) adalah RM50.00, manakala yuran keahlian adalah mengikut kategori yang ditetapkan seperti dalam perlembagaan PEKA iaitu;
- Yuran Tahunan Semasa untuk Ahli Biasa (mengikut kelayakan akademik minimum) = RM 30.00
- Yuran Ahli Seumur Hidup (setelah menjadi Ahli Biasa selama sekurang-kurangnya 1 tahun) = RM 600.00
- Yuran Tahunan untuk Ahli Bersekutu (tidak mempunyai kelayakan akademik minimum tetapi terlibat secara langsung dalam bidang entomologi kesihatan awam) = RM 100.00
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- PEKA merupakan satu-satunya persatuan yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang entomologi dan pest kesihatan awam khususnya di Malaysia. Oleh itu ianya adalah persatuan yang ditubuhkan untuk mempromosi, memartabatkan, memajukan Profesion Entomologi Kesihatan Awam, Penyelidikan dan Pembangunan dalam Bidang Entomologi & Pest di Malaysia.
- Melalui PEKA, individu yang mengamalkan bidang entomologi dan pest dapat mengekalkan status dan memajukan kepentingan profesion ahli Entomologi melalui persatuan ini.
- Pelbagai aktiviti yang memberi manafaat kepada ahli melalui penganjuran persidangan, seminar, bengkel dan sebagainya dalam bidang entomologi dan pest di mana yuran penyertaan bagi ahli PEKA adalah sangat rendah berbanding bukan ahli.
- Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti/ program untuk manfaat kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui kempem kesedaran yang akan memberi impak yang besar kepada bidang entomologi dan pest khususnya.
- Para ahli PEKA akan dibantu dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang Entomologi Kesihatan Awam melalui kolaborasi dengan interagensi serta teknologi terkini.
- Platform aktiviti-aktiviti PEKA akan mewujudkan jaringan kerjasama erat antara pelbagai syarikat/ agensi yang terlibat secara langsung dalam bidang ini.
Pautan Sosial Media
: | Persatuan Entomologi Kesihatan Awam Malaysia | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | https://entomologimalaysia.weebly.com/ |
Telegram | : |