PERSATUAN PERMUAFAKATAN PANGSAPURI MELOR, TAMAN PUCHONG PRIMA, PUCHONG, SELANGOR (2018)
PPM-018-10-29112018
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Permuafakatan Pangsapuri Melor, Taman Puchong Prima,puchong,
Selangor (2018). No Pendaftaran (PPM-018-10-29112018).
Maklumat Pertubuhan
a) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial,
akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
b) Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat
c) Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya
peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala
sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di
kalangan mereka
d) Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk
semangat kejiranan dan persahabatan
e) Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang
berkuasa mengenai masalah penduduk
f) Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Permuafakatan Pangsapuri Melor di tubuhkan pada 29.11.2018 adalah Persatuan Penduduk menggantikan Persatuan Penduduk Pangsapuri Melor yang telah di bubarkan pada tahun 2012.
Syarat-Syarat Keahlian
- Ahli biasa: Berumur 18 tahun keatas dan menetap di Pangsapuri Melor
- Ahli Bersekutu: Terbuka kepada yang berminat menjadi ahli Persatuan
- Ahli Kehormat: Mereka yang boleh menyumbang
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Persatuan menyediakan Insuran kelompok "GROUP TAKAFUL - WAKALAH PANGSAPURI MELOR' untuk ahli dan keluarga ahli dengan bayaran RM20 sahaja.
- Aktiviti2 kejiranan boleh di adakan dengan adanya Persatuan Penduduk.
- Sebarang masalah boleh di salurkan kepada Persatuan dan Persatuan akan cuba mencari jalan bagi menyelesaikan setiap isu dan permaslaahan yang di sampaikan.
- Isu keselamatan menjadi salah satu isu utama. Untuk menubuhkan Rukun Tetangga (KRT) disyaratkan mesti melebihi 300 buah rumah. (Pangsapuri Melor hanya ada 240 buah rumah sahaja). Oleh kerana itu Persatuan menubuhkan Persatuan Bomba Komuniti Pangsapuri Melor yang berdaftar dengan Pasukan Bomba Puchong dan ROS, bertujuan untuk menjaga keselamatan Penduduk.
- Mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim diantara penduduk.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/permuafakatanpangsapurimelor | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |