PERTUBUHAN AKADEMI PANGLIMA WARISAN MALAYSIA
PPM-005-02-31072024
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Kategori
SENI PERTAHANAN DIRI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERTUBUHAN AKADEMI PANGLIMA WARISAN MALAYSIA
PENGENALAN
Usaha mewujudkan pusat aktiviti belia bagi inisiatif gaya hidup sihat dan sukan seni mempertahankan diri dari Alam Melayu dengan pendekatan nilai falsafah semangat Panglima Melayu itu sendiri telah tercipta dalam sejarah warisan bangsa apabila tertubuhnya PERTUBUHAN AKADEMI PANGLIMA WARISAN MALAYSIA (PAPWM).
PAPWM
Objektif utama PERTUBUHAN AKADEMI PANGLIMA WARISAN MALAYSIA (PAPWM) ini adalah sebagai Penyedia Pusat Latihan Bertauliah AKADEMI PANGLIMA WARISAN (APW) dengan membangunkan Institusi Pendidikan Formal Seni Mempertahankan Diri sepertimana institusi pendidikan yang lain Dalam usaha mengeratkan ukhuwah sesama Muslimin dan Muslimat dalam aktiviti seni mempertahankan diri, APW yang kini mempunyai rakan kolaborasi bersama beberapa persatuan dan pertubuhan seni mempertahankan diri seluruh negara, giat berusaha bersama untuk mewujudkan Akademi Panglima Warisan Negeri (APWN), iaitu sebuah Akademi Latihan dan Pusat Rekreasi Sukan Seni Mempertahankan Diri di seluruh negara terutama di kawasan kejiranan generasi baru termasuk yang berisiko tinggi seperti masalah sosial dan sebagainya.
APW
AKADEMI PANGLIMA WARISAN MALAYSIA (APWM) yang terdiri daripada kepimpinan profesional seni mempertahankan diri, ahli akademik dan perniagaan di seluruh negara, komited untuk memberikan latihan khusus dalam seni mempertahankan diri alam Melayu kepada individu dari semua peringkat umur, termasuk kanak – kanak, pelajar, belia, golongan dewasa termasuk wanita.
ILTIZAM PAPWM
Kami berusaha memenuhi keperluan pelbagai sasaran dan menggalakkan generasi baru untuk mempelajari seni warisan bela diri Melayu terutamanya seni silat disamping memberi peluang golongan kurang bernasib baik dengan menawarkan Kelas Latihan & Pembelajaran PERCUMA kepada anak – anak Asnaf dan anak – anak Yatim sebagai komponen utama dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Pertubuhan Akademi Panglima Warisan Malaysia.
#akademipanglimawarisan
Maklumat Pertubuhan
Nama Pertubuhan:
PERTUBUHAN AKADEMI PANGLIMA WARISAN MALAYSIA
No. Pendaftaran Pertubuhan:
PPM-005-02-31072024
Akademi di Peringkat Kebangasaan:
Akademi Panglima Warisan Malaysia (PAPWM)
Akademi di Peringkat Cawangan
Akademi Panglima Warisan Negeri (APW Cawangan)
Perkhidmatan:
Akademi Seni Mempertahankan Diri
Akademi Kesenian dan Warisan Kebangsaan.
Akademi Kebudayaan dan Warisan Melayu
Program Kesukarelawan Belia dan Komuniti
Program Sukan dan Rekreasi
Gelanggang Utama PAPWM:
Gelanggang Panglima Warisan, Alor Star, Kedah
Gelanggang di peringkat APW Cawangan:
Gelanggang APW Selangor
Gelanggang APW Perlis
Gelanggang APW Negeri Sembilan
Gelanggang APW Johor
#akademipanglimawarisan
Latar Belakang Pertubuhan
VISI PAPWM:
Memperkasa Ekosistem Seni Mempertahankan Diri Dengan Memartabatkan Adat Kesenian, Budaya & Warisan Malaysia.
MISI PAPWM:
Menjadi Pusat Kecemerlangan Dalam Melahirkan Panglima Yang Berintegriti, Berwawasan, dan Berkemahiran Tinggi Dalam Seni Pertahanan Diri Serta Memartabatkan Adat Kesenian, Budaya, dan Warisan Bangsa.
MATLAMAT PAPWM:
Beriltizam Memartabatkan Pusaka Warisan Bangsa Di Setiap Pelusuk Kejiranan Supaya Dapat Menggalakkan Generasi Yang Baru Untuk Mempelajari Seterusnya Memperkasa Semangat dan Falsafah Panglima Melayu Dengan Menghidupkan Aktiviti Rekreasi Sukan Seni Mempertahankan Diri.
OBJEKTIF:
- Memartabatkan Seni Persilatan: Menyediakan latihan dan pendidikan berkualiti tinggi dalam seni mempertahankan diri tradisional Melayu, termasuk silat dan pencak silat, untuk melahirkan pesilat yang berkemahiran tinggi dan berdisiplin.
- Melestarikan Warisan Kesenian Melayu: Menggalakkan dan memelihara seni warisan Melayu melalui program akademi kesenian yang komprehensif, termasuk seni tari, muzik, dan teater tradisional.
- Mengembangkan Kebudayaan Kebangsaan: Menyediakan platform untuk mempromosikan dan mengembangkan kebudayaan kebangsaan Malaysia melalui pelbagai aktiviti dan program kebudayaan yang melibatkan masyarakat setempat dan antarabangsa.
- Menggalakkan Penglibatan Generasi Baru: Menganjurkan program dan aktiviti yang menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan mengamalkan seni mempertahankan diri serta memahami falsafah Panglima Melayu.
- Mengukuhkan Ikatan Ukhuwah: Mengadakan program dan aktiviti yang memupuk semangat persaudaraan dan kerjasama di kalangan ahli dan masyarakat setempat melalui seni mempertahankan diri dan warisan Melayu.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Pertubuhan Akademi Panglima Warisan Melayu (PAPWM) terbuka kepada individu lelaki (Panglima) dan wanita (Srikandi) dari semua peringkat umur, termasuk kanak – kanak, pelajar, mahasiswa, belia, dan golongan dewasa.
Kategori keahlian pertubuhan adalah seperti kriteria berikut:
A. AHLI BIASA
Terbuka kepada mana – mana individu lelaki dan perempuan yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas, berbangsa Melayu dan beragama Islam serta memiliki kewarganegaraan seorang warganegara Malaysia yang menetap dan tinggal di dalam kawasan, daerah dan negeri di negara Malaysia.
B. AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mereka yang tinggal di luar kawasan, daerah dan negeri di negara Malaysia. Mereka boleh menjadi Ahli Bersekutu namun mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.
C. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ini ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
D. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus iaitu yuran seumur hidup.
E. AHLI REMAJA
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam pertubuhan.
KAEDAH KEAHLIAN
Mereka yang berminat untuk menjadi ahli boleh mendapatkan borang permohonan ahli daripada Setiausaha Cawangan masing – masing.
Borang permohonan menjadi ahli ini mestilah dihantar dan diserahkan kepada Setiausaha Agung untuk diterima dan disahkan menjadi ahli dan berhaklah ia menjadi ahli.
#akademipanglimawarisan
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dengan adanya Pertubuhan Akademi Panglima Warisan Malaysia (PAPWM) ini, maka Akademi Panglima Warisan Malaysia (APWM) sedang mengatur langkah untuk menyelaras dan membangunkan tindakan - tindakan bagi mengukuhkan keperluan asas melancarkan pengurusan negeri dan cawangan – cawangan. Ini termasuklah pembangunan pendaftaran keahlian, pengeluaran sijil - sijil, bekalan bengkong dan pakaian, pembangunan gurulatih, perkembangan dan penambahan gelanggang serta kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
FALSAFAH PANGLIMA
Akademi Panglima Warisan Malaysia (APWM) dan Akademi Panglina Warisan (APW) cawangan akan sentiasa mendokong dan menyokong dasar - dasar kerajaan bagi memastikan kecemerlangan dan kegemilangan negara akan dapat dicapai dengan lebih cepat terutama dari aspek pembangunan jati diri, modal insan dan pembinaan generasi muda melalui falsafah pendidikan silat.
Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang menjadi ahli PAPWM layak diberi kelebihan dan galakan semangat untuk:
- Belajar sehingga mahir walaupun tiada sebarang asas seni mempertahankan diri.
- Menganjurkan aktiviti – aktiviti rekreasi berorientasikan semangat pahlawan dan warisan seni mempertahankan diri di setiap Pertubuhan Cawangan dengan mendapat kerjasama penuh Pertubuhan Pusat sebagai usaha mengamalkan dan mengekalkan warisan bangsa dalam sanubari generasi baru di setiap pelusuk kejiranan masyarakat.
- Berpeluang mendapat pengalaman dan pendedahan yang lebih kompetitif dengan menyertai kejohanan dan pertandingan sama ada di peringkat tempatan mahupun ke peringkat antarabangsa.
- Mendapatkan bantuan kemanusiaan, hibah dan sumbangan kasih sayang sekiranya berlaku kesulitan hidup atau dilanda sebarang musibah yang teruk di kalangan ahli PAPWM.
- Menyertai mana – mana aktiviti kekeluargaan, komuniti, kesukarelawan dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh PAPWM dan APW Cawangan selain memohon mendapatkan khidmat sokongan tenaga sukarela / khidmat komuniti di kalangan ahli bagi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah persaudaraan sesama Islam.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |