PERSATUAN KOMUNITI PERJIRANAN 6 (RIBJ) BANDAR DATO' ONN, JOHOR BAHRU,JOHOR
PPM-009-01-23072024
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN KOMUNITI PERJIRANAN 6 (RIBJ) BANDAR DATO' ONN, JOHOR BAHRU, JOHOR
Maklumat Pertubuhan
1.Persatuan ini buat pertama kali ditubuhkan hasil dari perjumpaan & perbincangan beberapa ahli penduduk selaku penggerak pada 13 Febuari 2023, dengan kehadiran seramai 32 Ahli penduduk berbilang bangsa di Jalan Perjiranan 6/8, Bandar Dato’ Onn. Seterusnya penggerak yang diamanahkan dari kalangan penduduk berkenaan menyuarakan tentang cadangan-cadangan seperti mendaftar taman perumahan ini di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia & Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional bagi menangani permasalahan penduduk setempat, terutamanya isu-isu keselamatan dan kemasyarakatan serta penyediaan kemudahan-kemudahan fasiliti untuk kegunaan penduduk di Rumah Impian Bangsa Johor, Bandar Dato’ Onn.
2.Selanjutnya penggerak yang diamanahkan oleh penduduk memulakan langkah dengan mengadakan perjumpaan dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Johor & Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah. Persatuan PKP6 RIBJ BDO ini berjaya didaftarkan dengan mendapat kelulusan pada tarikh 23 Julai 2024.
Latar Belakang Pertubuhan
1.Rumah Impian Bangsa Johor, Bandar Dato’ Onn merupakan skim perumahan mampu milik yang dilancarkan berikutan dari hasil cetusan idea
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar sendiri sebagai berita baik dan hadiah kepada sekalian rakyat Johor
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda pada 23 Mac 2017 di bawah pemerintahan Yayasan Sultan Ibrahim.
2. Perjiranan 6 bermaksud sempena memperingati, Pada 28 April 2022 DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan berangkat sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) di Tapak RIBJ, Perjiranan 6, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.
3.Perumahan Rumah Impian Bangsa Johor, Bandar Dato’ Onn ini terbahagi kepada 4 Jenis Perumahan & 1 Jenis Rumah Kedai iaitu :
i. Rumah Sesebuah 2 Tingkat – 29 Unit
ii. Rumah Berkembar 2 Tingkat – 156 Unit
iii. Rumah Kluster 2 Tingkat – 100 Unit
iv. Rumah Teres 2 Tingkat – 203 Unit
v. Kedai Pejabat 3 Tingkat – 83 Unit
Syarat-Syarat Keahlian
1) Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut :
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 Tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia (Perjiranan 6 (ribj) Bandar Dato' Onn Johor Bahru, Johor)
iv. Keturunan/Bangsa : SEMUA
v. Jantina : LELAKI DAN PEREMPUAN
vi. Agama : semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
Tiada
D. Ahli Seumur Hidup
TIADA
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk
dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
i. Pendaftaran Keahlian PKP6 RIBJ BDO
· Yuran Daftar :– RM 20.00
· Yuran Bulanan :– RM 5.00
· Yuran Khas :– RM 60.00 (Setahun)
ii. Pendaftaran Pakej Khairat Kematian Di Agensi Al Wakalah
· Setahun RM25.00 Satu Keluarga
· Manfaat Perlindungan RM 2,500.00 (Mengikut Terma & Syarat)
iii. Insentif Kebajikan “One Off” berperingkat bergantung pada Bilangan
Ahli yang Mendaftar.
· Stiker Kenderaan (2 pax) – (Berperingkat & Bersyarat)
· Sumbangan Pendidikan (Anak Ahli) – RM800.00 (Berperingkat &
Bersyarat)
· Sumbangan Keperluan Sosial – RM1,150.00 (Berperingkat &
Bersyarat)
· Diskaun 50% Komuniti untuk Ahli yang mendaftar mengikut Terma &
Syarat Persetujuan Jawatankuasa PKP6 RIBJ BDO.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/share/1FY32DAbMa/ | |
Youtube | : | - |
: | - | |
: | - | |
TikTok | : | - |
Laman Web / Blog | : | https://ribj.my/ |
Telegram | : | - |