KELAB PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) PENGKALAN RAMA PANTAI
PPM-006-04-30092019
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
- Kelab Pusat Komuniti Desa Pengkalan Rama Pantai berperanan sebagai penghubung masyarakat luar bandar dalam komuniti yang kecil dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda.
- Alamat berdaftar dan tempat mesyuarat bagi Kelab PKD ini ialah di :
- Kelab Pusat Komuniti Desa (PKD) Pengkalan Rama Pantai
No 101 Kampung Pengkalan Rama Pantai
75100 Melaka, Melaka Tengah.
- Lokasi Pertubuhan : https://goo.gl/maps/yTkAFjYfsXuJzEaCA
Maklumat Pertubuhan
- Melaksanakan program/aktiviti Kelab PKD yang merangkumi latihan komuniti, pusat aktiviti wanita, pusat perkhidmatan setempat, kesukarelawan dan pusat pengumpulan produk usahawan desa.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti lain mengikut keperluan semasa bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar setempat.
Latar Belakang Pertubuhan
Pusat Komuniti Desa (PKD) Pengkalan Rama Pantai terletak di Dun Kota Laksamana di dalam daerah Melaka Tengah. Pusat Komuniti Desa merupakan inisiatif dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2011, PKD mula dikenali dengan nama Medan Infodesa (MID) Pengkalan Rama Pantai dan fokus utamanya hanyalah tertumpu kepada merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.
Pada 11 Oktober 2018, Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mengumumkan penjenamaan semula kepada Pusat Komuniti Desa (PKD) Pengkalan Rama Pantai. Pertukaran nama mempunyai signifikasi yang jelas terhadap peranan lebih luas berkaitan skop yang dipertanggungjawabkan.
Syarat-Syarat Keahlian
- Ahli Biasa adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang tinggal di Negeri Melaka dan keutamaan adalah kepada yang tinggal di komuniti desa setempat. Jumlah keahlian bagi Ahli Biasa adalah tidak terhad dan terbuka kepada semua kaum tidak mengira jantina, bangsa dan keturunan.
- Ahli Kehormat Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Kelab PKD. Keahlian bagi Ahli Kehormat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kelab PKD dan terkecuali dari pembayaran yuran.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelab Pusat Komuniti Desa Pengkalan Rama Pantai menggadakan kursus kemahiran seperti masakan, jahitan, seni tangan dan sukarelawan. Yuran yang dikenakan minima dari kos sebenar.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/minirtc.pengkalanrama | |
Youtube | : | |
: | https://instagram.com/pkdpengkalanramapantai?igshid=YmMyMTA2M2Y= | |
: | https://mobile.twitter.com/mrtcprp | |
TikTok | : | https://vt.tiktok.com/ZSRPK2XkC/ |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : | https://t.me/+CJp1bpMlnP5jM2E1 |